Khamis, 9 Januari 2014

Kehilangan :(

Assalamualaikum..

Rasanya lama dah tinggalkan blog ni.Terima kasih kepada yang masih sudi singgah.Sebenarnya saya baru kehilangan ibu mertua pada 5-januari-2014.Kira2 jam 4:15 petang.

Mari sama2 hadiahkan surah al-fatihah untuk arwah,semoga di tempatkan dengan golongan orang2 yang beriman.amin.


Saya baru saja sampai di rumah kira2 2:40 pagi tadi,dan anak2 dah pun ke sekolah semula setelah bercuti selama 3 hari walaupun lewat bangun.

Banyak cerita yang akan saya kongsi pada entri akan datang.Insha allah.

Sabtu, 4 Januari 2014

Melawan Fobia

sumber

Sebelum ni saya pernah ceritakan tentang kefobiaan yang saya alami di sini.Akhirnya saya berani dan cuba melawan perasaan fobia saya tu.Rutin harian yg biasa saya lakukan telah lama di tinggalkan gara2 kemalangan yg menimpa awal mac tahun lalu.Kini saya bangkit,mungkin kerana keadaan yg memaksa.

Hari pertama percubaan memandu memang tak de rasa apa2 bila start enjin dan cuba untuk memandu sambil di temani en.suami.Yang kelakarnya anak2 yang da duduk dalam kereta menggelabah bila tengok mama dia cuba untuk memandu kereta.Hahahaa..Masing2 nak buka pintu untuk keluar dari kereta."Eiii..janganlah mama takut,nanti kena langgar lagi"tu lah ayat yg keluar dari mulut anak2 ketika itu.Bila di terangkan,yang Abah nya akan menemani,baru lah masing2 tutup pintu kembali.



Sebelum memulakan perjalanan,wajib baca doa naik kenderaan dulu dan dalam hati ni sentiasa berzikir menyebut2 nama allah.Alhamdulillah perlahan2,saya berjaya.Tapi,ketika keadaan sudah selesa,..tiba2..kelihatan kereta di belakang saya seakan laju menghampiri kereta saya.Ketika itu saya mula kecut perut,dada berdebar2 dan jantung seakan tercabut.Huhuhu..Memang sakit betul dada saya.Nafas mula tercungap2.En.suami cuba menenangkan dgn menyuruh saya baca ayat2 untuk hati yg berdebar2 tu.Tarik nafas panjang di buatnya.

Bila dah banyak kali mencuba,saya rasa saya BOLEH d=(^_^)=b.Cuma saya tak boleh lihat kereta laju2 atau rapat dengan kereta yang saya pandu.Bila ia berlaku,dada saya akan mula sakit dan nafas macam tak cukup udara.Hihi.

Sebenarnya kita perlu yakin dan berani je untuk melawan perasaan fobia ni.Kalau tak de kenyakinan tu memang susah.Tapi saya masih belum berani menunggang motosikal,sebab risiko penunggang morosikal ni lebih tinggi dari memandu kereta,setuju tak?

Kepada yang mempunyai fobia macam saya ni kena terus cuba sampai boleh percaya yang anda boleh insha allah anda akan berjaya,
sekian.


Anne Nurain