Jumaat, 21 Jun 2013

Setahun berlalu

Rasa masih baru, tapi da pun setahun aku ke Guangzhou, China.Pergi ke sana bukan melancong semata2, tapi adalah atas dasar perniagaan. Kenapa China? Ini kerana China merupakan pemborong terbesar dunia.Nak tgk pusat pemborong di sana.Aku pergi bersama en.abg dan beberapa org lg dlm 1 group di bawah anjuran smartrich.

Tambah kapsyen

Sebelum mengikuti lawatan ini, kami di wajibkan menghadiri seminar selama 1 hari.Yuran yg di kenakan x ingt plk, antara Rm150 kot seorang. Selepas tu baru siapkn pasport dan sbginya.Aku yg beriya2 nk pegi, en.abg ikut je.Aku yg ajak, so aku kena support segala2nya.Tambang flight, hotel, makan je da dkt Rm5k, tu blum blnja lg.Selama 5 hari berada di sana mmg seronok dan byk pengalaman.

Warna warni di guangzhou

Banyak tempat2 pemborong yg ada, harga plk jauh lebih murah.Dah selesai bli brg2 tuk bisnes, duit lebih kami beli mcm2.antaranya gadjet la..mmg murah sgt2.Aku bli tablet, iphone4, mini laptop dan Note.Huhuhu..sudahnya semua x dapat pakai sebab beg aku tertinggal diKLIA, bila dtg blik nk ambk, da x de la..rugi..rugi..yg pling ralat adlh note dan memory card 16gb 5 keping lau x silap aku la.Kat sini mahal, sana berganda2 murahnya.



Apapun semua tu bkn rezeki aku la, insyaallah ada rezeki dan pjg usia kami akan smpi lg membawa ank2 bersama.
posted from Bloggeroid

Selasa, 18 Jun 2013

Takut

Assalamulaikum.
Semalam ada temujanji dgn doktor di hospital. Apa yg buat aku takut adalah bila wayar yg di pasang di jari ku tu nk di cabut. Macam2 perasaan yg timbul.Atas cadangan kawan, aku mengambil pil penahan sakit sebelum wayar di cabut.Rasa mcm nk telan 2 biji sekali, tp takut overdose plk.

Kali ni, smpi hospital awal ckit..so..tggu x lama la.Masuk bilik x-ray, baru dok kjp da smpi turn.Lepas siap, tunggu turn jumpa doktor plk.Jumpa doktor n doktor tu kata sy mcm biasa tgk muka awak ni,, u ada msuk wad 4 yg pkai tudung je kan, ada ank comel2..yup..btul tu...

Selepas cek, dy bg surat untuk ke bilik plaster nk cabut wayar..takut da masa tu.doktor tu kata x sakit sgt..pasang lg sakit dari cabut. Ok,, dlm hati ni x putus2 baca ayat kursi.Dan..sampai turn aku.dag..dig..dug...di sembur spray, ambik ragum..n aku pejam mata.Mmg la sakit,, tp boleh tahan., ahhhhh..lega.Aku nmpk wayar yg di cabut tu, aku pun amik fon telus snap gmbo.hihihi..



Lepas tu, buka jahitan la plk.Tgk2 je, benang da terbenam. Sblum ni aku ada try tarik benang tu nk kasi keluar, tapi sakit.Haa..kt spital, dy amik playar, sepit dan tarik benang tu..fuhhhhh...sakit..auw..auw jugak la aku..bila benang da kluar baru potong..darah da mula keluar.Mata aku ni, kejap2 tgk jgk..

Siap je,, ambk kad temujanji akan dtg dan jumpa smula doktor td..dy suruh aku try berdiri. Eiiii..susah nye..bru kjp je da x tahan. Kaki da di benarkan jalan slow2 guna tongkat, dan bln 8 baru dtg lagi..

Bkn senang nk berdiri smula, mungkin lau 1 kaki yg patah x la susah begini.x de org tolong angkat tuk bdri,, mmg x boleh. Apapun aku harus kuat kalau nk berjalan semula.amin
posted from Bloggeroid

Ahad, 16 Jun 2013

SURPRISE!!

Hi! Ada citer best nak kongsi arini.Beberapa ari yg lepas, sedang aku asik bermain dgn cik candy tu, kedengaran ada suara orang bg salam.Aku suruh en.abg tgk.Dan bila en.abg masuk semula, aku pun tanya" nak apa, org tu?"mata plk masih x berganjak dari melayan cik candy tu,sebab nak menghabiskan sisa2 candy yg ada.hehee.En.abg pun menghulurkan 1 bungkusan besar dari pos malaysia, sama besar macam aku beli baju di fb aritu.Haaa!! Terkejut sgt2, sebab setahu aku, x de order brg apa2 pun.Kebetulan da beberapa aritu aku sibuk pm..pm..baju di fb.Eh! X kan baru pm da sampai.hahaha..kelakar kan.

Ku tinggalkan cik candy td, dan capai bungkusan tadi.Jeng..jeng..jeng..nama yg tertera kat situ adalah dari ibu marlina.Hmmm..senyummmmm je aku di buatnya,.X de angin tetiba je.Pandai simpan ea.Apalah agaknya ni, bisik hati.Aku trus snap n post kat fb la..

Rupa bungkusan yg diterima, ada nota di dlmnye

Kemudian, ku buka bungkusan td, nk tgk apa isinya. Coklatttttt...byknye, ada keychain, dan minyak gamat sekali.Oooo..ni ole2 dari langkawi la..suke..suke..Eh! Pin tudung nama tu pun ada sekali, anak2 suke2 sgt.Maaa...alya tau sape bagi,, mak fatin tu kan..yea..btul..haha dy da tgk kat wechat aritu.Masing2 sibuk nk pakai..X bolehhh...tunggu raya tau.Alif plk tanya, dy punye mana?? Huhu..sedih

Isi dalam bungkusan tadi

Anyway, thanks sgt2 ole2 tu.Smua sedap2.Yg pling suke gula2 tu..sedap. (dah habis semua), lau pergi lagi, aku kirim ea.Pin nama tu plk, sooo..cute.alya mtk buat lg, nk kale pepel katanya.Nanti mama tanya ea, ada kale tu x? Thanks again...sekian.
posted from Bloggeroid

Sabtu, 15 Jun 2013

Hari2 ku

Mood nk berblog da mula dtg, bila aku start guna bloggeroid ni.Mudah dan pantas dari blogger.Kali ni nk kongsi cerita baru.

Sejak kemalangan yg menimpa, aku x de kerja la.Hari2 duduk baring je.Kerja yg aku boleh buat cuma melipat dan menggosok baju je.Tu pun buat dari atas katil je.kerja lain aku ari2 mengadap tab ni je.Layan fb, main game dan kdg2 borak2 kat wechat dgn bf..tau kan sape?? Hehee

Bila mlm lps solat maghrib, biasa baca al-quran dan ajar ank mengaji.Sebelum xcdent ni, jarang2 buka quran, lau buka pun time bulan pose je.alhamdulilah..aku byk masa terluang dari sebelum ni yg asik sibuk dgn perniagaan aku tu je.Buka laptop mini aku dgr majlis ilmu yg da di transfer ke usb sampai pg esok.Usb majlis ilmu tu kawan aku Mila yg bg.Thanks mila..


Al-quran digital

Lau da boring sgt2, mula la terbayang2 masa xcdent tu, di rempuh, di heret, terpelanting dan tergolek.Subhanallah. .dahsyat sungguh kan.Allah boleh ambil nyawa aku ketika itu jika dia mahu.Tapi..tidakk, aku masih di beri peluang untuk hidup, utk apa?? Mungkin untuk aku memperbaiki diri ke arah yg lebih baik.Bersyukur kepadanya. Andai ketika itu nyawaku terpisah dari jasad...bersediakah aku.? Oh! Tidakkk...Bersyukur pd illahi.aku masih bernyawa walaupun mengalami kecederaan yg agak serius.Bekalan ku ke akhirat belum cukup untuk melayakkan aku ke syurga mu.


Peta jalan di mana aku xcdent.Dari jalan jambu ke jalan durian.

Insyaallah, , aku akan berubah menjadi yg lebih baik.semoga di beri hidayah.Menjaga segala perintahmu dgn sebaiknya. Aminn.Semuanya kerana allah.



Motor aku  selepas di baiki.Dulu kale biru, skrg da jd pink

Mengharap hidup ini di berkati dan di lindungi allah selalu.
Sekian
posted from Bloggeroid

Jumaat, 14 Jun 2013

KALI KE 2

14.Mei -selasa

Hari ke 2 di hospital.Pagi2 lagi, doktor da buat check up.Bila2 je akan operation.Tunggu turn je.En.abg da blik rumah.So bila x de en.abg, aku terpaksalah pakai diapers.Susah plk nk buang air kan.Alhamdulilah., aku x be**k.Lau x susah di buatnya.Time nk salin diapers tu, aku panggil nurse untuk tutupkan tirai.X pe..aku boleh salin sendiri la.Solat pun atas katil gak.

Tengah dok sembang2 ngan kakak depan katil aku tu, tetiba nurse dtg suruh salin baju operation. Eh, skrg ke? Bisik aku.Ye..la..
Aku pun salin baju n sempat update status kt fb tu sblum masuk bilik operation. Kira2 pkul 7:30 mlm, aku di bawa masuk.

Mula2,"Tahan sikit ye, kita nk bg enjection.Memang akan sakit la.."kata doktor. Uiii..besarnya jarum.Tanganku mula menggenggam besi katil untuk menahan kesakitan.Ingatkan 1 je,, perghhhh..byk, dkt 10 enjection.Sakit x payah cerita la.Doktor memicit2 kaki aku untuk memastikan ubat bius tu berkesan ataupun tidak."Kalau masa kita buat nanti, u rasa sakit, cakap ye".Aku hanya menganggukkan kepala tanda faham.

Operation berlangsung sehingga 2 jam.Memang x byk, tapi sakitnya sama je.Ntah apa yg di buat pun aku x tahu.Cuma aku lihat di dlm scan komputer je.Dah x tahan kaki aku ni, lenguh.Doktor tu sampai berpeluh2 aku tengok.Kejap duduk, kejap diri.Tangannya aku nmpk da darah2.Bila doktor tu tukar kedudukan dari kiri ke kanan.Aku ingat da siap.Tapi aku silap.Ku lihat dia ambil mesin plk.waduhhhh..apa plk tu..maka, kedengaran lah bunyi mesin tu.macam mesin gerudi.Ngeri rasanya.




Setelah selesai, byk kali aku tgk doktor tu cek untuk memastikan keududukan wayar tu berada dlm keadaan betul.Lepas berpuas hati, baru di jahit plk..masa ni aku da x tahan sgt sakitnya. Akhirnya selesai.Alhamdulillah.Apapun aku berharap x de operation lagi lepas ni.

Bila ubat bius da habis, mulalah dtg bisanya..arghhhh..x tahan aku.Apa lagi, nangis la mintak enjection tahan sakit.Tapi x de kesan pun, aku mtk kapsul plk.huhuhu..Bertambah sakit plk.sakit yg lama baru nk rede, dtg plk yg baru.ujian2.

X mau sakit lagiiii..
posted from Bloggeroid

Khamis, 13 Jun 2013

LAGI SEKALI

13.Mei.2013

Temujanji dengan doktor di Hospital Tunku Ampuan Rahimah klang. Hati mula berdebar2 memikirkan keputusan yg akan ku perolehi. Sama ada aku di benarkan berjalan atau pun tidak.

Seawal 6.30pg, aku da bersiap2 utk ke hospital. Setelah menghantar anak2 ke sekolah, aku dan en.abg bergegas menuju ke destinasi.Setibanya di sana, parking penuh.Hampir 20 minit kami menunggu, akhirnya dpt gk.

Org da ramai sgt2, menunggu giliran.Mula2 aku kena x ray dulu la.Semasa x ray tu, aku sempat bertanyakan pd staf di situ, apakah benda keras yg berada di telapak kaki aku tu."Tak ade apa2" katanya, nanti u tanye sama doktor, smbungnya.


Ni baru je duduk atas katil di wad


Selesai x ray, aku tunggu filem x ray tu siap.Org lain punye sekeping je, tapi aku punya dkt 10 keping. Dpt je terus masuk bilik doktor.Aku pun tanya lah.Apa benda yg keras tu.Doktor tu rasa n di tarik2 aku punye jari.Adoiii sakit ler.Dan doktor tu tanye sama ada aku ada jln ke x??, eh! Mana ada."Ni u punye tulang la, sudah lari".Di belek2 plk filem x ray aku td.Ps tu dia panggil doktor lain plk untuk tgk.Sah da, memang ada patah.

"U masuk wad ea".terkejut aku."haa..bila??, skrg la.oh tidakkkkkk.why??? "Tadi i da try tarik tulang tu, tapi x boleh.so,,, masuk wad la..," Tetiba rasa mcm nk nangis plk."Nanti kita akan buat operation sikit la, nk masuk kan wayar", huhuhu...kalau boleh aku x nk, kena lg..sakit yg ada ni pun x baik lagi...huwaaaaaaa..

Aku mtk izin utk blik dulu coz nk prepare brg2 dulu."Ok, dtg sebelum 4 ptg ea".Balik rumah kemas2, ambik ank sek n pergi semula ke hospital.Alya n Alif kena lah tinggal berdua coz sekolah.Masing2 bawa kunci rumah la.

Tak tau nk kata apa lg, Terima je lah.Sabar..sabar...n sabar.ujian...Episod baru bermula lagi.tolongggggg.
posted from Bloggeroid

Rabu, 12 Jun 2013

KISAH DUKA

Bila diri di tinggalkan, di marahi, di tengking dan di fitnah cukup2 berat ujian ini..Semua cerita yg di reka2 cukup menyakitkan hati bagai di tusuk duri sembilu.
Dalam keadaan aku yg begini ( sakit dan x mampu berjalan ) di tambah pula dgn kisah duka ini, aku bagai sudah jatuh di timpa tangga.Nak di luah mati mak nak di telan mati bapak.Akan ku ingat kisah ini sampai bila2.

Walau ada kemaafan, tidak mudah untuk melupakan.Bila di kenang, airmata tetiba boleh mengalir. Ia sudah menjadi sejarah hidup.Orang tengah marah macam2 kata yg tersembur, dan akhirnya apa yg di kata tidak di maksudkan begitu.Ya, allah beri aku kekuatan untuk meghadapi ujian ini.Sesungguhnya semua manusia tidak terlepas dari kesilapan, namun hati aku sangat terluka, kau sembukanlah ya, allah.
Published with Blogger-droid v2.0.10



Semua ujian ini membuatkan aku lebih berhati2.Allah tahu apa yg terbaik buatku.Aku tidak marah apa yg berlaku, tapi aku masih manusia biasa yg punye hati dan perasaan.Aku terkilan dan berkecil hati dgn semua yg di lemparkan. 

Semoga lebih tabah menghadapi ujian mendatang dari mu ya allah.amin..

Selasa, 11 Jun 2013

TERIMA KASIH

Lamanya da berupdate blog ni, bukan x de cerita yg nak di kongsi. Banyak cerita, cuma mood nk berblog ni hilang.Ni pun malas jugak,tapi x pe, try je la sikit2.
Cerita ni dah lama, baru sekarang berkesempatan nk cerita.Aku cuma nak ucapkan terima kasih kepada kawan2 yg datang menziarahi aku selepas kemalangan aritu.Kepada yg x dpt dtg pun terima kasih gak atas sokongan dan bantuan yg di beri.kat sini aku bagi gambar antara kawan2 aku yg dtg.Ada yg x sempat nk snap.

Published with Blogger-droid v2.0.10


Rasa hepi sangat2 dgn kehadiran kawan2 ni.Alhamdulillah punye kawan yg hebat terima aku dalam suka dan duka, semoga ikatan persahabatan ini kekal hingga akhirnya.amin.
Anne Nurain