Selasa, 31 Disember 2013

Selamat Tahun Baru 2014


zwani.com myspace graphic comments

Selamat menyambut tahun baru 2014,selamat tinggal 2013.Alhamdulillah masih di beri peluang merasai kenikmatan hidup sehingga menjelang 2014.

Bertambah tahun,bertambah lah usia.Kita semakin tua! Eh,saya yang bertambah tua..korang muda2 lagi..Tapi mati tak kenal usia..semoga amalan dan bekalan ke akhirat mencukupi untuk melayakkan diri ke syurga.Amin.

2013 meninggalkan banyak kenangan pahit buat diri saya..Yang paling memberikan kesan adalah kemalangan ngeri yang menimpa.Itu hanyalah ujian yang saya rasa berat tapi mungkin kecil je di mata allah.

Allah memberikan ujian pada hambanya kerana sayang dan kasih kepada hambanya.Hanya mereka yang terpilih sahaja akan menerima ujian begini.Tak semua orang merasa pengalaman di timpa kemalangan kan.Nasib baik ketika itu nyawa saya tidak di ambil.Sekurang2 nya saya masih mempunyai peluang memperbaiki diri.Mungkin itu cara allah menegur kelalaian saya untuk saya mendekatkan diri kepadanya.Mungkin juga dia rindu mendengar doa2 saya.Subhanallah.

Allah juga tidak akan menguji hambanya di luar kemampuan.Alhamdulillah saya berjaya melalui ujian itu walaupun sukar.Selama 4 bulan terlantar di atas katil.Makan,pakai,be**k,kencing..semua dalam bilik.Merasa pakai diapers bila da tua2 macam ni..Eiuu..jijik ke?Nak mandi,tunggu En.suami angkat.Boleh bayangkan tak?Saya da jadi macam "Mem" besar dlm rumah..hehee.Nak apa?cakap je.Segala tugas di ambil alih oleh En.suami..Terima kasih sangat2 kerana memahami.

Kini saya bangkit kembali meninggalkan 2013 yang penuh sejarah.Tak ada azam yang bertukar setiap tahun.Azam saya tetap sama"ingin menjadi yang terbaik di sisi Allah"saya ingin ke syurga di akhirat nanti.Kalau di timbang amalan saya ketika ini,subhanallah mungkin pahala dan dosa pun masih tidak seimbang.Amalan yang sedikit ni,belum tentu di terima olehnya.

Ya..allah kau terimalah amal ibadatku...kerdilnya aku di sisi mu.Jadikanlah aku orang yang sentiasa mengingati mu dan melakukan suruhannmu.Jauhkan aku dari gangguan jin dan syaitan yg di laknat.amin.

Selamat tahun baru !

Ahad, 29 Disember 2013

Oh Suri Rumah



Keadaan Suri Rumah.

Kekadang ada orang tanya aku, "Eh tak keje ke? Rugi nya belajar tinggi-tinggi tapi tak kerja"

Bila aku renung aku baru perasan rupanya ada masa aku jadi :

1-Tukang Masak,
2-Tukang Kebun,
3-Penyambut Tetamu,
4-Bibik, 
5-Pengasuh,
6-Driver,
7-Tukang Cuci,
8-Guru Mengaji,
9-Cikgu / Ustazah,
10- Bodyguard,
11-kerani
12- Accountant
13- Budak Car wash
14- Tukang Urut
15- Nurse
16- Badut
17- Mak cik cleaner
18-Ladycare
19-Tukang dobi
20-Waiter

Tapi semua pekerjaan tu hanya dalam satu nama iaitu 'SURI RUMAH'





Bersabarlah wahai isteri, sesungguhnya pekerjaan yang paling banyak mendapat pahala adalah menjadi suri rumah, pahalanya melebihi segala pekerjaan di dunia.

#Copy Paste

Jumaat, 27 Disember 2013

Menanti di barzakh

Assassamualaikum..

#Repost entry

Mungkin ada yang pernah dengar lagu ni.Pada yang belum dengar,ambil sedikit masa anda.Kosongkan fikiran anda untuk menghayati setiap patah perkataan lirik lagu ni.
Yg masih punya iman pasti akan meruntun jiwa hingga tanpa menyedari terbit butir2 mutiara yg jatuh ke pipi anda.



Jom dengar.

Kumpulan Fareast.

Ku merintih, aku menangis,
Ku meratap, aku mengharap,
Ku meminta dihidupkan semula,
Agar dapat kembali ke dunia nyata

(ღ˘⌣˘ღ) ♫・*:.。
Perjalanan rohku,
Melengkapi sebuah kembara,
Singgah di rahim bonda,
Sebelum menjejak ke dunia,
Menanti di barzakh,
Sebelum berangkat ke mahsyar,
Diperhitung amalan,
Penentu syurga atau sebaliknya

(ღ˘⌣˘ღ) ♫・*:.。
Tanah yang basah berwarna merah,
Semerah mawar dan juga rindu,
Tujuh langkah pun baru berlalu,
Seusai talkin bernada syahdu,
Tenang dan damai di pusaraku,
Nisan batu menjadi tugu,
Namun tak siapa pun tahu resah penantianku

(ღ˘⌣˘ღ) ♫・*:.。
Terbangkitnya aku dari sebuah kematian,
Seakan ku dengari,
Tangis mereka yang ku tinggalkan,
Kehidupan disini bukan suatu khayalan,
Tetapi ia sebenar kejadian

(ღ˘⌣˘ღ) ♫・*:.。
Kembali oh kembali,
Kembalilah kedalam diri,
Sendirian sendiri,
Sendiri bertemankan sepi,
Hanya kain putih yang membaluti tubuhku,
Terbujur dan kaku,
Jasad didalam keranda kayu,

(ღ˘⌣˘ღ) ♫・*:.。
Ajal yang datang dibuka pintu,
Tiada siapa yang memberi tahu,
Tiada siapa pun dapat hindari,
Tiada siapa yang terkecuali,
Lemah jemari nafas terhenti,
Tidak tergambar sakitnya mati,
Cukup sekali tak sanggup untuk ku mengulangi

(ღ˘⌣˘ღ) ♫・*:.。
Jantung berdegup kencang,
Menantikan malaikat datang,
Menggigil ketakutan gelap pekat dipandangan,
Selama ini diceritakan,
Kini aku merasakan,
Di alam barzakh jasad dikebumikan

~Sekian~

#Sesungguhnya mati itu pasti#
~Mungkin hari ini, esok dan akan datang~

Tazkirah Jumaat

Assalamualaikum

Sumber


Khamis, 26 Disember 2013

Doodle Me & My Buddies By Cik Nini

Assalamualaikum


Segmen "Doodle Me & My Buddies By Cik Nini"
~Cik Nini & Buddies~ 

Cara nak menyertai segmen ini adalah :

1. Follow Blog Cik Nini.
2. Buat satu entry yang bertajuk,"Doodle Me & My Buddies By Cik Nini".
3. Sertakan bersama satu gambar korang dengan kawan-kawan korang (^-^)v.
4. Dibawahnya,ceritakan tentang persahabatan korang dengan cara yang paling kreatif yang korang boleh buat.

Segmen berlansung dari 16/12/2013 - 16/1/2014



Me n my buddies.
.Dari kiri-Marlina,Saya,Shieda wife kpd Pojie sebelahnya tu,dan yg belakang tu Azman.


Story Me & My Buddies

Semuanya bermula di alam persekolahan yang telah lama di tinggalkan.Namun persahabatan antara kami masih terjalin sehingga kini,alhamdulillah.

Ketika form 5 tahun 1997 kami di tempatkan dalam kelas yang sama.Marlina(bff) sahaja yang sekelas dari form 2 hingga form 5.Kami terpisah oleh jarak dan keadaan.Setelah tamat SPM,masing2 dengan hala tuju berbeza.Kami hilang jejak,ketika itu tak ada facebook atau hp.Memang sukar di jejaki,lebih2 lagi masing2 sudah berumah tangga.

Detik demi detik,hari berganti bulan,bulan berganti tahun dan tahun berganti tahun,masa berlalu begitu sahaja sepi tanpa berita.Akhirnya pada 2012,allah mengaturkan pertemuan kami setelah 15 tahun tidak bertemu.Ternyata jodoh kami masih ada.

Bagaimana kami boleh bertemu kembali?,ini adalah kerana Facebook.Mereka dah lama ada akaun fb,cuma saya sahaja yg baru membuka akaun fb ni.Dari situ lah kawan2 lama mula di jejaki.Alhamdulillah kami di pertemukan walau dalam alam maya.

Perasaan rindu untuk bertemu mata kian kuat terasa.Hati dan jiwa seakan meronta2 meminta kami di pertemukan.Fuhh..berbunga2 pulak ayat ni..touching tak?hehee..ignore kan je ok.
Akhirnya doa kami di dengar oleh allah,dan seperti yg di rancang,pertemuan kami berjaya.Masa yg sesuai adalah ketika aidilfitri..masing2 balik kampung beraya,jadi senang la kan.

Tiada kata2 yang boleh saya gambarkan perasaan saya ketika itu.Sebak,sedih,gembira,terharu semua ada.Maka menitislah airmata tanpa di duga dalam pelukan erat antara kami.Ishh..saya dgn Marlina tu je la yg hug2.Tak kan ngan yg boy tu kan..hehee.

Dari pertemuan itu lah kami menjadi semakin akrab.Sentiasa berhubung melalui group we chat dan lain2.Dan pada aidilfitri 2013 yg lalu,kami bertemu lagi seperti yg telah kami rancangkan.Boleh rasa tak kegembiraan di hati kami.Best kan.Dulu kami muda remaja.Badan halus2 je.hehee..Bila bertemu kembali kami sudah mempunyai keluarga dan badan dah semakin bambam.Huhuhu.Umur semakin tua,tua la sangat :D

Bagi kami 1 hari 24 jam bersama pun masih tidak cukup menghilangkan rasa rindu kami dan berkongsi cerita sepanjang perpisahan kami.15 tahun tak jumpa nak cerita semua apa yg berlaku manalah cukup kan.

Pssst..ada 1 cerita yg nak saya kongsi tentang kami.Sebenarnya antara kami berempat ni pernah berlaku cinta ala2 monyet dengan kami berempat juga..oppss..siapa dengan siapa tu fikir lah sendiri ye.Tapi tak ke mana lah,bila berjumpa masing2 tahu jaga status.Kami berjumpa pun masih di temani suami dan isteri.Tiada rahsia antara kami..ecewah..

Amacam best tak sejarah kami..kalau best senyum sambil angguk kepala..hehee..Sekian dulu cerita kami..sampai jumpa lagi..



Rabu, 25 Disember 2013

Pengalaman dan tips menghantar anak ke Sekolah bukan melayu

Assalamualaikum..
Sebenarnya saya masih demam lagi..tapi rasanya saya harus menaip entry ni sebelum persekolahan seisi 2014 bermula.Saya terdetik nak kongsikan sedikit pengalaman dan tips menghantar anak ke sekolah bukan melayu atau cina setelah membaca entry di blog mama mia.

Sumber

Saya mempunyai 3 orang anak yang ke semuanya saya hantar ke sekolah cina.Mereka saya hantar dari sejak tadika lagi.Saya memilih sekolah cina ni sebab banyak kelebihannya dari sekolah biasa terutama cara pembelajaran dan displin.Lagi satu ialah kerana ia satu bonus untuk memudahkan mendapat pekerjaan pada masa akan datang.Perniagaan sekarang di pelopori oleh masyarakat cina,,boleh jadi kita di tipu kerana mereka fikir kita tak faham bahasa yg mereka gunakan.

Anak pertama saya kini berusia 12 tahun pada 2014 dan alhamdulillah fasih berbahasa mandarin.Kalau saya pergi ke kedai cina,saya akan suruh anak saya dengar apa yg mereka cakap dlm bahasa mandarin dgn customer sebangsanya.Takut di tipu harga.hehee..Al maklumlah mama dia tak faham.

Pengalaman di tipu semasa membeli dvd dgn memberikan harga lain kepada customer sebangsanya.Cakap dengan kita 3 pcs Rm10,tapi dgn org cina 4 pcs Rm 10..nampak tak?kena tipu tu,bila cakap kenapa boleh bagi org tu 4 Rm10,terus terkejut sebab tak sangka kita faham..hahaa padan muka..terus bagi harga yang sama.

Lagi satu pengalaman kawan yang bekerja,customer cina datang cakap dgn staff yg juga berbangsa cina yg dia tak nak servis atau di layan dgn orang melayu sebab orang melayu "Pentan"..nasib tak baik sebab kawan saya faham berbahasa mandarin..Tau tak "pentan"tu apa..??maksudnya "Bodoh".Terus merah padam ah soo tadi.

Saya ada kawan berbangsa india yg fasih juga berbahasa cina.Dia pernah di kutuk dgn orang cina semasa menaiki bas sebab muka dia yang berjerawat..tapi kawan saya ni diam je walaupun geram dalam hati.hihi

Di sini nak kongsikan sedikit tips jika anda menghantar anak2 anda ke sekolah bukan melayu/cina.

1.Makanan-jika tadika,anda harus ambil tahu siapa tukang masaknya..berbangsa apa?

Kerana apa yang akan masuk ke dalam mulut anak anda akan jadi darah dagingnya.Walaupun mereka kata mereka tak masak babi atau apa2 je yg haram bg kita,,jangan mengiyakan je sebab mereka kadang2 guna minyak babi dan sebagainya,time dia masak pun bukan kita nampak kan.Nak selamat bawa bekal dari rumah je.

Jika yang masak warga indonesia sekalipun,biasanya dia akan ikut je apa yang tuan dia suruh masak.So hati2.Pengalaman anak pertama sakit di bahagian kelenjar leher sehingga tak boleh memusingkan kepala memang membuatkan saya lebih berhati2.Buat pemeriksaan di klinik dan doktor kata anak saya kena jangkitan Virus dan allergic..Owhhh..tidak..saya tak tahu dari mana datangnya virus tu.

Nak di jadikan cerita ada seorang cikgu berbangsa melayu di sekolah tu memberitahu dia selalu nampak anak saya makan bubur ayam cina di sekolahnya.Bila di tanya,begini jawabnya"anak awak suke bubur ni,saya bagi lah.."

Walaupun anak saya sudah di sjkc yg mempunyai kantin,saya tetap membekalkan makanan dari rumah sebab tukang masaknya berbamgsa indonesia.Kalau hati tak yakin..lebih baik bawa bekal lebih terjamin rasanya.


2.Kelas agama- Di tadika memang tak de kelas agama seperti mengaji dan sebagainya.So..kita kena rajin meluangkan masa untuk ajar anak kita mengenal huruf2 jawi.

Bila da ke sekolah rendah,mata pelajaran agama memang ada,tapi tak cukup sebab tidak tertumpu pada subjek lain seperti di sekolah agama.So hantarlah anak anda ke sekolah agama juga.Walaupun bila berada di Sjkc,anak anda akan pulang dari sekolah sekitar jam 3 petang.Saya buat permohonan di sekolah agama untuk anak saya masuk lewat..alhamdulillah di terima.

Kalau berkemampuan hantar lah ke kelas agama swasta.
Ini untuk ilmu akhirat anak anda,kita sendiri bukan ada masa nak mengajar ilmu tasauf,sejarah islam,ibadat,tauhid dan sebagainya.

Semuanya terletak di tangan anda,anda yang mencorakkannya.
Sekian.

Selasa, 24 Disember 2013

Zakat

Assalamualaikum



Tahun 2013 hampir sampai ke penghujungnya..ada antara kita yang terlepas pandang bila da sampai hujung2 tahun ni.Yang kita ingat nak dapat bonus dan boleh pergi makan angin je.Tapi terlupa bab Zakat..

Zakat bukan untuk orang yang kaya raya je..tapi ada zakat yang sesuai untuk kita keluarkan.Zakat emas dan perak..mungkin antara kita tak lah banyak menyimpan barangan kemas kan.Kalau ada pun seutas dua je.Tu tidak di wajibkan zakat lah.

Di sini saya tak nak kongsi zakat yang berat2..yang berada di luar kemampuan kita.Saya nak sentuh bab zakat pendapatan atau simpanan.Yang bekerja,takkan anda semua tak de simpanan.Mesti ada..Sebenarnya kalau kita tahu dan ambil tahu,tak de lah banyak mana pun jumlah yang kita kena keluarkan.


Hanya 2.5% dari Rm 1000..
2.5÷100 × 1000 =???

Cepat kira..berapa yang anda perlu bayar dari Rm1000 wang simpanan anda??siapa tahu angkat tangan..hehee
Tak banyakkan..cuma RM25 je..Apa?? Rasa berat nak keluarkan banyak tu..kita penat2 simpan nak bagi kat orang pulak,,nak,cari sendiri lah..

Ishh..tak baik gitu,"Dia bukan mintak bulan2 pun"setahun sekali je.Rezeki yang kita dapat tu kan allah yang beri,apa salahnya kita kongsi sedikit dengan orang yang lebih memerlukan.Tak rugi pun..rasa rugi di dunia je..tapi untung di akhirat nanti..Rezeki pun bertambah berkat.



Kalau simpanan anda 10k,,tolak je dengan 2.5%..Ok..faham tak..kalau tak geleng kepala..hahaa..kalau anda geleng pun saya tak nampak..=)Apa yang saya tahu,kalau simpanan anda hanya ada 1k,anda masih tidak tergolong dalam orang yang wajib mengeluarkan zakat,ada hadnya.Kalau tak silap saya dalam 6k-8k nilai simpanan baru di kira wajib.(kalau saya silap tolong betulkan ok)

Pergi cek baki akaun simpanan anda,layak ke tidak?Sekiranya layak..cepat2 bayar ok..tinggal berapa hari je lagi nk masuk tahun 2014..

Selamat menunaikan rukun islam yang ke 4.
Sekian.


Ketahui lebih lanjut tentang zakat klik SINI.


Ahad, 22 Disember 2013

Naik bot di Jeti Tanjung Emas

Assalamualaikum..

Hari ke enam di kampung,kami menaiki bot pula di Jeti Tanjung Emas Muar,Johor.Ini kali ke dua saya naik,tapi anak2 belum pernah merasainya lagi.


Perjalanan menyusuri sungai muar hingga ke jambatan baru Muar.Mengambil masa kira-kira 30-40 minit rasanya.Tambang bagi dewasa hanya Rm10 dan kanak-kanak Rm5 sahaja.Sesiapa yang ingin merasai naik bot,boleh cuba di sini.


Pemandangan dari sungai,hanya boleh melihat bangunan2 di sekitar tebing sungai..Ok la..hehee

Masjid muar 

Kelihatan juga Masjid Besar Muar yang cantik dan indah dari arah sungai Muar ni.Kalau mabuk naik bot,tak usah la cuba2 naik ye,,muntah nanti susah pulak.hehee..

Maka berakhirlah percutian kami sekeluarga di Kampung halaman.sekian..

Sabtu, 21 Disember 2013

Lunch di bawah pokok

Assalamualaikum..

Hari ke 5 di kampung,kami tak de plan nk ke mana2.Lepak di rumah mak mertua je.Memandangkan hari tu jumaat..
En.suami pergi solat jumaat la..Saya pulak sibuk basuh baju yg kami pakai masa mandi manda di Wet World.


Sebenarnya rumah mak mertua saya ni tak de sesiapa lagi yg tinggal di rumah ni.Al maklumlah mak mertua saya ni dah tak sihat,jadi dia tinggal dengan kakak ipar saya.Rumahnya tak lah jauh sangat dari rumah mertua saya ni.Harapkan kami balik je lah,baru bertuan rumah tu.

Nak makan kena tapau la.Balik solat jumaat,En.suami dah tapau nasi dgn lauk asam pedas,telur dadar dan sayur kobis goreng.Rasa macam sedap je kalau makan dekat bawah pokok kan.Terus cakap dgn En.suami,,"jom kita makan dekat bawah pokok"En.suami pun kata jom..hehee..Eh,bukan bawah pokok depan rumah tu ye.

Kawasan berlumpur tak boleh mandi..nak jugak main air.

Destinasi pilihan kami ialah pokok rendang di tepi pantai Tanjung Emas Muar..Bentang tikar dan sedia untuk makan.Pemandangan yang cantik dan angin pantai yg bertiup tu makin menambahkan selera kami ketika itu..Boleh bayangkan tak?Tak sempat lak nak snap gambar,,makanan dah habis masuk ke dalam perut kami.hehee


Lepas makan kami lepak2 sekejap sampai bunyi azan asar baru kami pulang..

Jumaat, 20 Disember 2013

Salam Jumaat Penuh Barakah.

Assalamualaikum..
Sumber:facebook
Ramai antara blogger2 yg selalu akan update Wordless pada setiap hari rabu kan.Tapi saya nak buat kelainan sikit,setiap hari jumaat saya akan update slot Tazkirah jumaat pulak.Di mana saya hanya akan tepek gambar saja mcm ww tp gambar yg membuat kita merenung dan muhasabah diri.,macam gambar di atas tu,ok tak??
Pada pendapat saya memang ok la kan,kasi terapi minda sikit dengan ilmu akhirat.Secara tak langsung membuat kita berfikir seketika di mana kah kedudukan kita di sisinya.Bukan saja memberi manfaat kepada pembaca2,malah untuk diri saya juga.
Sekurang2 nya,saya dapat mengongsikan perkara yg baik2.Bukan sebab saya orang baik,tapi saya juga sedang berusaha untuk menjadi yg terbaik bukan saja di mata manusia tapi juga di sisi Allah swt.
Sekian..

#Kalau korang nak ikut cadangan saya ni lagi bagus kan,sama2 kita tambah ilmu dan pahala.

Khamis, 19 Disember 2013

Wet World Batu Pahat

Sambungan hari seterusnya di Kampung.
Pada hari khamis pula adalah hari terakhir saya di rumah mak ayah.Kami berkampung pula di rumah mak en.suami di Muar,Johor.
Bersama ayah,kakak dan en.suami

Sebelum balik,sempat snap gambar dulu.Mak je yang tak de sebab sibuk di dapur.

Dalam perjalanan kami ke Muar,haruslah melalui Batu Pahat dulu kan.Sebenarnya kami tak ada plan pun nak ke Wet World ni.Kadang2 bila plan awal2 susah nak jadi.So..saya je sorang yg pasang niat tu..hehee..tak cakap dengan anak2 mahupun en.suami.Pakaian utk mandi semua saya dah siapkan.Dah dalam kereta baru saya beritahu en.suami yg saya nak pergi Wet world.Terus cari di GPs..masa ni anak2 pun tak tau lagi.


Masa sampai di sana,anak2 sedang lena beradu kecuali alif.Kebetulan cuaca pada hari tu agak mendung dan hujan renyai2.Kata en.suami rugi je masuk kalau x boleh mandi.Tapi bila anak2 mula terjaga,masing2 merengek2 nak masuk jugak.Hurmm..kami pun masuk jugak akhirnya.


Tiket untuk dewasa dlm Rm16 kalau tak silap lah..Baru pergi dah lupa,,tua sangat da tu,cepat lupa.huhu.Bagi kanak2 pula Rm12.Sedang2 je la harganya kan.Nak masuk sini tak di benarkan bawa masuk makanan.Masa ni perut kami memang sedang lapar sangat.Tak nak buang masa lama sebab makan,kami beli bebola goreng je,ambil 6 cucuk da Rm18..huhu..mahal bebenor.Biasalah tempat2 macam ni kan.


Seronok juga lah..dah nak tutup pun anak2 masih x puas mandi.hehee..saya ikut gak main2 air sambil tengok dan jaga anak2.Bila siren bunyi,tetiba air dalam kolam ni berombak lah..wah..boleh tahan gak rasa ombak tu,setakat besar badan anak saya tu,memang boleh bergerak di tolak ombak tu.

Tempat ni tutup pukul 6 petang.Eh,tiket bagi hari minggu lebih mahal sedikit dari hari biasa.Tapi mulai tahun depan,kalau kami pergi hari ahad,mungkin dah tak mahal kot sebab hari ahad bukan lagi hari cuti di Johor.Memang rasa macam nak pergi lagi je..hehee

Ok..tu je citernya..daa~~



Rabu, 18 Disember 2013

Beriadah di Jeti Teluk Sengat

Assalamualaikum

Hari ke tiga di kampung,kami beriadah di jeti Teluk Sengat.Saja2 ambil angin laut.Terletak berdekatan Kota Johor Lama yang penuh sejarah.Tak jauh pun dari rumah mak ayah saya.


Masa kecik2 dulu,di sini lah tempat utama kami adik beradik belanja barang sekolah,tapi sekarang kedai2 dah x macam dulu.Cuma harapkan jeti ni je yang menarik.Waktu petang memang ramai orang datang untuk makan2 di sini.Nak rasa mee bandung sedap,boleh try kat sini lah.


Sambil2 ambil angin,boleh juga cuci mata dengan pemandangan indah di sini.Cantik kan.Sebenarnya berdekatan kawasan ni juga terdapat Taman Buaya,tapi saya x sempat pergi sebab kami sampai da petang,x puas pulak nak ronda2 nanti,lagi pun anak2 saya tak ikut sebab mereka pergi shopping dengan mak cik dia.



Dari jauh kelihatan jambatan merentasi laut.Jambatan tu adalah laluan highway antara desaru dan Senai yang siap di bina beberapa tahun yg lalu.

Sebelum balik,kami isi perut dulu dengan sate ayam..hehee..Agak2 da penuh perut..baru lah kami balik.

Keesokan hari pula kami ke destinasi lain pula..akan saya kongsi dalam entry akan datang.
Sekian.

Selasa, 17 Disember 2013

Berkelah & Bersantai di Jason Bay


Minggu lepas saya bercuti di kampung halaman,kami selamat sampai kira-kira pukul 11 malam.Esoknya hari isnin,cuti umum di johor sempena hari hol sultan johor.Aktiviti hari tu kami adik beradik buat aiskrim,melty hershey dan cheesekut.Dyorang nak rasa,sebab selalu saya send gambarnya je..hihi..tgk mcm sedap je kan.Kebetulan adik saya tengah mengidam pulak nak mkn melty ni,So..kesian kan,saya buat la.Pada yg belum cuba,bole buat lah,mudah je.


Ok,berbalik pada tajuk asal,aktiviti ni saya lakukan pada hari selasa pulak.Dah lama plan ni nak berkelah dan bersantai di tepi pantai Jason Bay,Tanjung Sedili dengan saya punya bff la.Alhamdulillah sepanjang saya di sana,tak pula hujan.Apa yg di Plan menjadi.Dalam pukul 10:30pg kami sekeluarga bertolak ke rumah bff saya di Tanjung Sedili.Memandangkan ini kali kedua saya ke rumahnya,so saya dah set lokasinya dlm GPS,tup2 sampai je depan rumah.hihi terkejut bff saya ni.

Bff saya sedang masak.
Masa saya sampai bff saya ni tengah sibuk memasak.Sementara tunggu dia siap,saya curi2 snap pic dia ni,hihi.jangan marah ye.Lepas solat zuhur kami pergi berkelah,x jauh pun dari rumah dia.

Makan-makan

Kalau dah namanya berkelah,mestilah ada makan2 kan.Semua makanan bff saya yg masak,sedap tau.Kat tepi pantai ni,makan apa pun sedap je kan.Alhamdulillah kenyang.Terlupa pulak nk snap pic saya dengan bff saya ni,biasalah kalau dah jumpe semua lupa.hihii

Pantai Jason Bay
Tempat ni menarik juga,ada challet tapi macam x terjaga,sayang rasanya.Anak2 pulak pantang nampak pantai ni,cakap nak main air tepi2 je,tapi tengok-tengok je dah berguling2 atas pasir pantai tu,alahaii anak.Seronok sangat la tu.

Aqil,anak bff saya.comel kan.
Lepas puas anak2 main pasir,kami balik ke rumah bff saya utk mandi la.Ingatkan lepas siap,nak balik.Tapi bff saya ni suruh tunggu kejap sebab dia nak buat roti jala pulak.Hurmm..febret saya tu,rugi tolak kan.

Roti jala & keropok lekor
Selesai sudah,lepas maghrib baru kami balik ke rumah mak.Ingatkan nak makan2 kat Bola-bola Chicken Chop,tapi rasa da penat sangat dan saya ingat Restoran tu dekat bandar kota Tinggi,rupenya kat Pasak je.Tak de la menarik sangat.
Ok,tu je ceritanya.Hari rabu lain aktiviti pulak.Nanti sambung..

Isnin, 16 Disember 2013

Turunnya Salji Di Mesir Membawa Petanda

Assalamualaikum..

Saya mulakan entry pagi ini dengan kejadian yang tidak pernah terfikir oleh akal kita,tapi allah itu maha berkuasa.Kini bumi mesir di landa salji.Subhanallah



Di sebalik kejadian ini,ada maksud atau sedikit petunjuk yang allah berikan untuk kita.


Semoga di ampunkan segala dosa2 ku,ibu bapa ku,sahabat2 ku dan seluruh anggota keluargaku.aminn

Sumber:facebook

Ahad, 15 Disember 2013

Penat & Lepak

Assalamualaikum..

Kredit:google

Apa khabar semua,harap sihat2 hendaknya.Lama x berupdate blog ni sebab saya bercuti selama 1 minggu di kampung.Banyak juga aktiviti yg saya lakukan sepanjang berada di sana.Nanti saya kongsikan cerita nya ye.

Baru je selamat sampai di rumah,malam semalam dan badan terasa penat dan lepak.huhu..tadi pulak seharian cari baju dan beg sekolah anak2.En.suami kini dalam perjalanan ke Kota Baharu menaiki bas,atas urusan bisnes.Harap selamat pergi dan balik la.

kalau penat da hilang boleh lah saya start bw ye..

Giveaway Havoc

Saya di tag dlm giveaway ni,so..saya join la,x susah pun..

Klik banner utk join

Tag
Anne Nurain