Memaparkan catatan dengan label sjkc. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sjkc. Papar semua catatan

Rabu, 25 Disember 2013

Pengalaman dan tips menghantar anak ke Sekolah bukan melayu

Assalamualaikum..
Sebenarnya saya masih demam lagi..tapi rasanya saya harus menaip entry ni sebelum persekolahan seisi 2014 bermula.Saya terdetik nak kongsikan sedikit pengalaman dan tips menghantar anak ke sekolah bukan melayu atau cina setelah membaca entry di blog mama mia.

Sumber

Saya mempunyai 3 orang anak yang ke semuanya saya hantar ke sekolah cina.Mereka saya hantar dari sejak tadika lagi.Saya memilih sekolah cina ni sebab banyak kelebihannya dari sekolah biasa terutama cara pembelajaran dan displin.Lagi satu ialah kerana ia satu bonus untuk memudahkan mendapat pekerjaan pada masa akan datang.Perniagaan sekarang di pelopori oleh masyarakat cina,,boleh jadi kita di tipu kerana mereka fikir kita tak faham bahasa yg mereka gunakan.

Anak pertama saya kini berusia 12 tahun pada 2014 dan alhamdulillah fasih berbahasa mandarin.Kalau saya pergi ke kedai cina,saya akan suruh anak saya dengar apa yg mereka cakap dlm bahasa mandarin dgn customer sebangsanya.Takut di tipu harga.hehee..Al maklumlah mama dia tak faham.

Pengalaman di tipu semasa membeli dvd dgn memberikan harga lain kepada customer sebangsanya.Cakap dengan kita 3 pcs Rm10,tapi dgn org cina 4 pcs Rm 10..nampak tak?kena tipu tu,bila cakap kenapa boleh bagi org tu 4 Rm10,terus terkejut sebab tak sangka kita faham..hahaa padan muka..terus bagi harga yang sama.

Lagi satu pengalaman kawan yang bekerja,customer cina datang cakap dgn staff yg juga berbangsa cina yg dia tak nak servis atau di layan dgn orang melayu sebab orang melayu "Pentan"..nasib tak baik sebab kawan saya faham berbahasa mandarin..Tau tak "pentan"tu apa..??maksudnya "Bodoh".Terus merah padam ah soo tadi.

Saya ada kawan berbangsa india yg fasih juga berbahasa cina.Dia pernah di kutuk dgn orang cina semasa menaiki bas sebab muka dia yang berjerawat..tapi kawan saya ni diam je walaupun geram dalam hati.hihi

Di sini nak kongsikan sedikit tips jika anda menghantar anak2 anda ke sekolah bukan melayu/cina.

1.Makanan-jika tadika,anda harus ambil tahu siapa tukang masaknya..berbangsa apa?

Kerana apa yang akan masuk ke dalam mulut anak anda akan jadi darah dagingnya.Walaupun mereka kata mereka tak masak babi atau apa2 je yg haram bg kita,,jangan mengiyakan je sebab mereka kadang2 guna minyak babi dan sebagainya,time dia masak pun bukan kita nampak kan.Nak selamat bawa bekal dari rumah je.

Jika yang masak warga indonesia sekalipun,biasanya dia akan ikut je apa yang tuan dia suruh masak.So hati2.Pengalaman anak pertama sakit di bahagian kelenjar leher sehingga tak boleh memusingkan kepala memang membuatkan saya lebih berhati2.Buat pemeriksaan di klinik dan doktor kata anak saya kena jangkitan Virus dan allergic..Owhhh..tidak..saya tak tahu dari mana datangnya virus tu.

Nak di jadikan cerita ada seorang cikgu berbangsa melayu di sekolah tu memberitahu dia selalu nampak anak saya makan bubur ayam cina di sekolahnya.Bila di tanya,begini jawabnya"anak awak suke bubur ni,saya bagi lah.."

Walaupun anak saya sudah di sjkc yg mempunyai kantin,saya tetap membekalkan makanan dari rumah sebab tukang masaknya berbamgsa indonesia.Kalau hati tak yakin..lebih baik bawa bekal lebih terjamin rasanya.


2.Kelas agama- Di tadika memang tak de kelas agama seperti mengaji dan sebagainya.So..kita kena rajin meluangkan masa untuk ajar anak kita mengenal huruf2 jawi.

Bila da ke sekolah rendah,mata pelajaran agama memang ada,tapi tak cukup sebab tidak tertumpu pada subjek lain seperti di sekolah agama.So hantarlah anak anda ke sekolah agama juga.Walaupun bila berada di Sjkc,anak anda akan pulang dari sekolah sekitar jam 3 petang.Saya buat permohonan di sekolah agama untuk anak saya masuk lewat..alhamdulillah di terima.

Kalau berkemampuan hantar lah ke kelas agama swasta.
Ini untuk ilmu akhirat anak anda,kita sendiri bukan ada masa nak mengajar ilmu tasauf,sejarah islam,ibadat,tauhid dan sebagainya.

Semuanya terletak di tangan anda,anda yang mencorakkannya.
Sekian.
Anne Nurain