Khamis, 28 November 2013

Twities Homemade



Snek
Suke makan snek x?..sambil2 tgk tv boleh la mengunyah2 kan..Saya buat sendiri snek ni,ala2 twities gitu..he..senang je..

BAHAN

# Laksa kering
# Serbuk kari
# Tumix

CARANYA

Goreng laksa kering dgn myk yg banyak
Biar kan sejuk
Kemudian..taburkan serbuk kari dan tumix..bg sebati
( tumix tu jgn byk2 nnt masin plk )
Siap..bole makan la..hehee

Senang kan..selamat mencuba..daa~~

Giveaway Peserta Bertuah


KLIK BANNER UNTUK JOIN

HADIAH:


Pemenang akan menerima sehelai blouse gojes menawan ni. Mungkinkah anda pemenang bertuah tersebut. Jengjengjeng… Jom! Sama-sama kita raikan GA simple ni.


TAMAT: 31 DISEMBER 2013

Rabu, 27 November 2013

Kek birthday

Assalamualaikum..
Wah..td saya potong kek la..kale pepel lg..En.suami beli td,ingatkn dia lupa.hehee..kami mkn Kfc je ank beranak dkt rumah..x de hadiah2 ye..berhenti berharap ok..ada sape2 yg nk bg saya hadiah ke?..^_^
Kek eskrem
Tu dia rupe kek birthday saya..cantik x?,hehee..bkn cantik je,sedap lg tau sebab eskrem kn..ank2 mmg suke.Dah habis pun..hihi..

Eh,ape ni??

Eh,,td kata x de hadiah kan,apa pulak tu..Yeayy..mmg hadiah saya la..yg pasti bkn dari en.suami..huhuu.hadiah ni dari bff saya yg di terbangkan..eh terbang ke?hahaa..di pos la dari johor..wah..byknye kan..biar betul..hihii.Nmpk ada 4 bgks kan,sebenarnya 1 je cuma di balut dgn 4 lapisan.muahahaa..brp byk,rajin da~~:D

Body Shop

Tadaa~~ =) tu isi dlm bungkusan td.,from body shop.buka2 je tgk beg tu comel je..like kale..pepel gitu..agaknya bff saya ni nk suruh saya wangi2 kot..sblm ni saya x wangi ke ble kita jumpe ek..hihii..ank dara saya sibuk nak kn beg comel tu..haissh..mana bole..Snap pic,send kt adik..bangga kjp dpt hadiah..haha..kalau x nk bg dia katanya..hehee..no..no..no..

Sebenarnya bff saya pun x tau yg hadiah dia kirim da smpi tengahari td..Saje x nk bg tau..nk bg surprise jugak..hehe..surprise tak??."Apa pun thanks so much"
best fren 4ever:D

Genap 33



Alhamdulillah..bersyukur ke hadrat illahi,masih di beri kesempatan menyambut ulang tahun kelahiran utk kali yg ke 33.
Terima kasih buat mak yg melahirkan saya ke dunia.Buat kawan2 dan adik beradik yg wish birthday saya melalui fb and kakao talk.
Seperti biasa tiada apa2 yg surprise,kek ataupun hadiah utk saya dari en.suami.Hadiah yg pasti saya tau apa yg en.suami akan bg ialah "fatihah",,ok ke? Tiap2 tahun ble birthday saya.."al-fatihah" lah hadiah yg akan saya terima..kek pun kadang2 je.Bg en.suami,itu lebih baik dan kekal, dpt tambah pahala utk saya.Bg barang bukannya kekal..owhh..sedih ke,x?? Huhuu..
Semoga kehidupan yg allah pinjamkan utk saya ini,akan saya gunakan sebaik-baiknya..ingin menjadi yg terbaik di sisi allah,insha allah saya sedang berusaha ke arah itu.amin.
Apakah mungkin akan ada ulang tahun seterusnya untuk saya?

Selasa, 26 November 2013

Malaysia vs Kemboja


Tajuk mcm perlawanan bola je kan.Tapi ini tentang perkahwinan 2 negara.pada sabtu lepas anak sedara lelaki En.suami telah pn selamat di ijab qabulkn dgn wanita pilihan hatinya berketurunan Kemboja,di masjid kg.kubu.Saya di fahamkn mereka berkenalan di facebook je.Kalau dah jodoh x ke mana,dan siapa pun orgnya kan.

Alhamdulillah selesai ijab qabul,

Allah da menetapkan siapa jodoh kita,sama ada cepat atau lambat.Ada juga yg mmg di takdirkan tiada jodoh buatnya..namun mgkin itu yg terbaik dan ada hikmah di sebaliknya yg kita sendiri tdk sedar.Sesungguhnya allah itu maha adil,dia tau apa yg terbaik utk hambanya.Don't be sad.

Ni lah rupa pengantin kemboja

Pada hari ahad pula,majlis persandingan di adakan di rumah pengantin perempuan.Kira muda juga la,jodoh mereka sampai.Ank sedara en.suami (lelaki) bru je 22 tahun,manakala isterinya 23 tahun.

Majlis persandingan

Tak ada beza pun dgn majlis biasa,ada kompang,pelamin..cuma lagu yg di mainkn je kami x faham,sebab dlm bahasa kemboja.Dari segi makanan x pelbagai mcm kenduri kawen yg biasa saya pergi.1 Jenis lauk je iaitu daging masak apa ntah.mcm cili api tp lain ckit..dgn ayam goreng..simple mimple je.


Goodies

Tengok apa yg ada dlm goodies tu..ni lah pes time saya dapat mcm ni.Kebiasaan di malaysia ni,dlm tu biasanya ada snek atau kueh kan..Zaman makin moden,dlmnya berisi deodorant,bedak,air mineral mini dan bunga telur..tapi bkn isi telur..di tukar kpd jelly..Telur da mahal kan,lgpun x di makan rasanya.

Lainlah time saya kecik2 dulu,mmg tunggu bile ayah blik dari kenduri kawen ni.Berebut2 nak kan telur tu..Ingat lg,ayah saya akan belah telur tu guna benang..semua dpt..adil kan.

Sebelum ni ada gak dpt papan pemotong bwg dgn sepit kuku,semasa majlis kawen cucu sedara en.suami.Bagus juga kan,bg benda yg org akan guna,bergantung pd bajet la kan..Sebab tu jugak lah hantaran zaman skrg da cecah 10k pling sikit..

Masa zaman saya dulu hantaran 5k tu kira pling tinggi la..skrg apa je yg dpt dgn 5k tu kn,sewa andam ngan mkn je x cukupkn.Zaman korang kawen dulu brp ye??


Bdk ni sibuk nk gmbr jugak..mcm comel je kan.hihi

Kpd Pengantin,,kami sekeluarga mengucapkn slmt berbahagia dan kekal dunia akhirat.Jadi pemimpin yg baik utk isteri dan bakal ank2 mu kelak.Gagalnya kamu mengemudi,maka binasa lah semuanya..Perlu ilmu dlm rumahtangga,bkn nk seronok2 je kawen ni.Tanggung jawab besar wajib di pikul.
Insha allah segalanya akan baik2.Amin.

Isnin, 25 November 2013

Ephyra Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda

Ephyra Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda
Kulit Lebih Gebu Dan Flawless Dalam 14 Hari

Sana sini orang ramai heboh perkatakan kehebatan Ephyra. Ramai blogger yang sudah mencuba Ephyra dan rasa sangat berpuas hati dengan hasil bagus produk ini. Ephyra semakin dikenali dan diyakini oleh ribuan pengguna.

Tetapi apakah itu Ephyra? Ada yang bertanya, krim ke? Pil ke? Ephyra adalah produk minuman supplemen tambahan yang sangat sedap untuk  kecantikan dan kesihatan tubuh badan yang bermula dari dalam. Ephyra didatangkan dalam bentuk serbuk sachet yang dihasilkan daripada gabungan mantap rumusan terunggul alam semulajadi di seluruh dunia, kolagen terhidrolisis ikan laut dalam, L-Glutathione, Astaxanthin, Acai Berri, Acerolla Ceri, Marigold Flower Extract, Acacia Gum, Superberi dan Serbuk Tomato yang merawat, memperbaharui dan seterusnya menyerlahkan lagi keserian dan kesihatan dalaman dan luaran.

Dengan ribuan testimoni yang meyakinkan, telah menambat hati ramai pengguna Ephyra. Mengapa Ephyra sangat berkesan? Sudah tentu kerana formula hebatnya yang mengandungi 9 bahan alam semulajadi berkualiti tinggi bergred super AAA. Ephyra bukan hanya produk kolagen semata-mata, tetapi Ephyra adalah formulasi rumusan minuman antioksida yang terbaik untuk kecantikan dan kesihatan anda. Sesuai untuk semua peringkat umur, untuk lelaki  juga wanita semestinya. Ephyra disahkan selamat dan berkesan serta mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia beserta disahkan Halal oleh JAKIM.

Testimoni boleh dicipta, pengalaman boleh direka, gambar boleh diubah dan pelbagai lagi. Tetapi testimoni dari pengguna setia Ephyra memang tidak boleh disangkal lagi. Kalau anda google "testimoni ephyra" atau "review ephyra", anda akan lihat banyak review hebat perkongsian dari ribuan pengguna Ephyra.

Jika anda ada masalah kulit kusam, kedutan, jerawat, jeragat, sakit sendi, tumit merekah, kulit kering, rambut gugur dan sebagainya, jangan ketinggalan untuk dapatkan penyelesaian anda dengan Ephyra. Jom lihat apakah kelebihannya...
  1. Membantu menjadikan kulit kita lebih anjal, halus dan cerah berseri.
  2. Merangsang penghasilan kolagen yang diperlukan oleh tubuh badan kita.
  3. Membantu memulihkan wajah yang bermasalah seperti jerawat dan jeragat. 
  4. Membantu memulihkan masalah kulit ekzema (kegatalan dan kemerahan).
  5. Mengurangkan kedutan dan garis-garis halus di wajah.
  6. Menghindari kita daripada penyakit barah, tekanan darah tinggi, diabetes dan masalah kulit kerana ianya mengandungi supplemen anti oksidan Astaxanthin.
  7. Menguatkan rambut dan melambatkan uban.
  8. Menjadikan rambut lebih sihat, lembut dan bersinar.
  9. Melancarkan sistem pencernaan dalam  badan, menurunkan berat badan dan mengawal nafsu makan.
  10. Mengurangkan kadar kolesterol dan menjauhkan kita daripada risiko mendapat sakit jantung.
  11. Membantu seimbangkan tekanan darah.
  12. Meningkatkan tenaga dan daya ingatan.
  13. Meningkatkan sistem ketahanan badan.
  14. Melindungi retina dan mencegah penyakit mata akibat kerosakan termasuk faktor usia.
  15. Melegakan kesakitan sendi dan arthritis.
  16. Melegakan kesakitan pedih ulu hati dan gastrik.
Untuk maklumat yang lebih lanjut, sila klik Flyer, Website dan Fanpage.

Bagi memudahkan anda semua, jom kita klik link di bawah, antara testimoni Ephyra yang dipilih dari kalangan blogger.
  1. Masalah kulit muka dan jerawat - klik SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI dan SINI
  2. Masalah period / haid - klik SINI dan SINI
  3. Masalah tumit / tapak kaki - klik SINI dan SINI
  4. Testimoni kuku dan rambut - klik SINI, SINI dan SINI
  5. Testimoni lelaki - klik SINI
  6. Testimoni menyusukan anak - klik SINI
  7. Pelbagai masalah lain - klik SINI
Kulit yang sempurna. Wajah yang jelita. Keyakinan tiada tandingan. Hasil yang nyata. Semuanya lengkap dalam satu produk kecantikan dan kesihatan. Ephyra terbukti berkesan. 


Jom dapatkannya sekarang...

Official Websitewww.oceanlife2u.com
Instagram : ephyra2u
Telefon : 03 4141 7889
SMS : 019 3999 238
Emel : info@oceanlife2u.com


Giveaway ini dianjurkan oleh mialiana.com dan ditaja sepenuhnya oleh OceanLife2u.com dengan hadiah berupa wang tunai dan produk Ephyra bernilai RM 2,387.00. Sila klik SINI untuk join Giveaway ini.

Sabtu, 23 November 2013

MELTY HERSHEY 'S

Melty hershey

Pernah makan melty ni x?? Pada yg belum rasa lg,cpt2 cuba ye..x rugi sebab rasanya yg sedap sgt2 smpi x leh nk citer mcm ne kelazatannya ..hihii..tak tpu tau..Mungkin da byk org jual kt luar sana..kalau tempat anda x de dan susah nk cari,,try buat sdri la..senang je..jom tgk resepi di bawah ni..

BAHAN A

250 gm Cream Cheese
250 gm Whiping Cream
200 ml susu pekat

BAHAN B

Syrup coklat hershey
Biskut marie

BAHAN C ( hiasan )

Gula2 coklat m&m( ikut suka )
Coklat Chips
Cheddar Cheese( parut )-(saya x letak pun..hihi)

CARANYA

1. Satukan bahan A dan mixer hingga pekat
2. Masukkn  1 senduk adunan bahan A td ke dlm bekas
3. Susun/patah2kn biskut di atasnya
4. Siram syrup coklat di atas biskut
5. Ulang langkah 2,3 & 4 hingga habis.( bhgn atas mesti lapisan cheese ( adunan A )
6. Tabur gula2 m&m,coklat chips dan cheddar cheese( parut )
7. Simpan dalam peti sejuk.

Tggu sejuk dan sedikit beku,lepas tu bolehlah mula merasai kelazatan melty anda..yummy..

Selamat mencuba



Jumaat, 22 November 2013

Ulang tahun kelahiran Ayah

Assalamualaikum..

Hepi befday ayah

Selamat ulang tahun kelahiran buat ayah tercinta yg ke 65 thn,semoga ayah di beri kesihatan yg baik dan di kurniakan kebahagiaan dunia akhirat..insha allah hidup di dlm keredhaannya..amin..

♥ Love ayah ♥



Rabu, 20 November 2013

AISKRIM VANILA COKLAT

Sebelum ni saya pernah post pasal aiskrim jugak,tp kali ni dgn resepi berbeza yg lg mudah,cepat dan lebih berkrim..nk cuba,jom lah saya kongsikan resepi di sini.Resepi ni saya jumpa di fb.

BAHANNYA

1 Biji telur
1 cwn susu pekat
2 cwn susu full cream
1 Sudu ovellet
1 Sudu esen vanila
1 Sudu sebuk koko
Coklat chip utk hiasan

CARANYA

#Satukan bahan kecuali sebuk koko dan mixer hingga pekat dan gebu
#Bahagikn 2 bhgn dan 1 bhgn di campur dgn sebuk koko dan mixer lg.
#Tuang ke dlm bekas secara selang seli dan taburkan coklat chip di atasnya.
#Sejukbekukan di dlm freezer.
Siap dan selamat mencuba:D

Selasa, 19 November 2013

Pengalaman baru-Alif Berkhatan

Assalamualaikum..

Ini pengalaman baru buat saya sbgi seorang mama bila Alif,hero saya satu2nya mula berkhatan isnin lepas.Mama dia yang takut,,sedangkan Alif rileks je.Sebelum ni bila suruh 'sunat',dia tak mau..takut.Tapi kali ni Alif sendiri yg mintak,mungkin sebab malu kot da besar masih x 'sunat'.Rakan2 sebaya pun ramai yg dah selesai.

Gaya sebelum berkhatan.

Pagi2 lagi kami da gerak ke klinik,sebab x nak tunggu giliran lama2.Singgah sarapan dulu di kedai mamak,mkn roti canai dan tose..hehee..Tengok tu gaya org nk berkhatan..sempat layan facebook update status yg dia nk sunat..hehee..da masuk bilik doktor,sempat posing pulak tu..tak nmpk takut pun..

Proses berkhatan

Mama teman sampai selesai,walaupun seriau nk tgk.huhu.Proses pertama bg enjection bius dulu,mama tgk jarum tu cucuk je da rasa sakitnya.Alif bole tahan je..Zaman sekarang da moden,tak de jahit2 da..guna clamps je..doktor tu kata lagi senang jaga.."Nak ambik gambar,ambik lah.."kata doktor tu.hehee.."sebenarnya saya takut ni doktor"setiap proses yg berlaku mst doktor tu bg tau dan suruh saya tgk dekat2.hahaa..nak tak nak tgk je la,walaupun seram dah 1 bdn.

Masa masukkan clamps tu,,waduhh..x tahan rasanya.macam sakit je..di tarik2 kulit tu.Alif asyik tanya je dah ke belum..hehee sebab dia x rasa kan.Siap masukkn clamps tu,bru dia sepit pulak..adoiiiyai..doktor tunjuk paras mana yg dia nak potong tu,saya tgk dan iya kan je lah.Byk juga yg di potong rupanya.

Sehinggalah sampai step yg terakhir,doktor mula mengeluarkan pisau yg tajam macam pisau cukur tu dan krek..krek..krek..mcm tu la walau realitinya x de la bunyi begitu..hehee..da siap dan doktor menunjukkan saya kulit lebihan yg da di potong tu..bawak balik la..tanam.

Alif ok je,tak yah pakai kain pelekat,just seluar je sebab x de jahitan so x melekat la kan.Rm150 da sekarang ni.Balik rumah ok je,sampai lah masa nak kencing..arghhhhhhhhhh...sakittttttt..pedihhhhhhh...mamaaaaaaaaa...meraung2 si Alif ni 1 rumah..muahahaaaa..x dapat nk tolong la,mmg doktor kata akan pedih ckit la ble nak kencing..hehee suruh masuk bilik bukak kipas laju2..hehee selesai..silent da.

Kata doktor makan x yah pantang,bole je..tapi yg gatal2 saya tak bg la..dia pun x nak mkn n minum takut kencing..hahaaa..alif,,alif..mama pun tak de pengalaman lagi..ni la bru pes time..apapun alhamdulillah selesai..

#mcm mana dgn pengalaman anda pula ye..


Ahad, 17 November 2013

Lukisan Dinding Menarik,tapi Panas.

Sumber:sinar harian

Apa yg panas dgn lukisan dinding ni ye..Kalau saya tengok mcm cantik je,mcm betul je..kan..Mungkin ada yg da tau cerita pasal lukisan dinding ni,sbb ada masuk di akhbar2 tempatan.Kalau tgk lukisan ni x nmpk mcm lukisan kan..betul2 mcm replika dekat legoland tu...Lukisan ni di lukis oleh pelukis dari penang dan lukisan ni hanya berada di negeri Johor.

Pengunjung yg datang utk snap pic ..ramai kan
Ramai betul yg dtg semata2 nk ambil gambar lukisan dinding ni je..Ok..jom tgk gambar di bawah ni,,dan anda akan faham watak dlm lukisan ni.Lukisan ni bkn lah di tempat2 yg menarik,cuma tertera di belakang kedai2 di Taman Molek dan johor jaya,Johor.

Watak penjenayah

Macam replika kan..gmbr sebelah lukisan tu adik saya..saya padam sbb x sesuai nk kongsi kat cni..abaikn je la..

Watak mangsa



Gambaran keseluruhan.

Boleh faham x dgn gambar ni kenapa boleh jadi panas atau isu.Menurut apa yg saya tahu,lukisan ini akan memberi impak negatif kepada para pelancong yg akan dtg melancong ke Johor bahawa negeri Johor seolah2 tidak selamat utk di kunjungi..

Cerita di sebalik lukisan ni ialah kelihatan seorang wanita ( mangsa )berjalan dgn membimbit beg tangan.Di sebalik dinding itu pula,seorang penjenayah yg memegang senjata tajam (pisau)sedang memerhati dan menunggu mangsa.Dan watak di sebelah nya pula ialah seorang polis yg ingin menangkap atau menggari penjenayah tersebut.Nampak negatif x lukisan ni..

Oleh kerana itu lah,lukisan dinding ni telah menjadi panas seketika dan kalau anda berhajat nak pergi dan lihat sendiri..maaf lah anda x kan jumpa dah sebab lukisan ni dah pun di padam atau di cat oleh polis.


Operasi memadam / mengecat lukisan.

Apa pendapat anda anda?



Tamat persekolahan seisi 2013

Assalamualaikum..

Seisi persekolahan 2013 dah pun melabuhkan tirainya..maka bermulalah cuti sekolah yg panjang sblum memulakan seisi baru pada tahun 2014 akn dtg..Jika di izinkn insha allah akn ada 2014 utk saya sekeluarga..

Tak de plan lg nk ke mana2 sbb byk pula kenduri kawen time cuti2 ni..Alif pulak nk berkhatan..insha allah,da bujang ank saya ni kan.

Saje nk kongsi gambar anak sekolah tahun 2013 ni..jom tgk..hehee

Alif 11 tahun

Alahai..tengok tu kecik je alif kan,kawan2 semua besar2..darjah 5 mcm darjah 3 je badannya.Anak saya memang semua kecik2 la..lau ikut en.suami berbadan besar..tp x de yg ikut plk jejak abah dia.

Alya 7 tahun
 Alya ni,lagi la kecik..size badan mcm budak tadika...dgn adik dia tinggi beza dlm 2 inci je..angkat beg sekolah pun x kuat tau..kena pakai yg ada roda.Tahun dpn kelas tgkt atas pulak..x tau mcm ne dia nk angkat beg dia tu..Al-maklumlah sek cina ni byk bukunya.
Dekat sek,selalu kena dukung dgn kawan2 abg dia tu..hehee..Dia pun ada tanya,kenapa dia tak besar2..hahaa..bila ckp dgn kwn2 mesti kena dongak..

Alisha 5 tahun

Alisha,badan lebih kurang kakak dia je..kat rumah mulut x reti diam mcm kakak dia..pot pet..pot pet..tapi sampai sek,jadi budak yg paling diam kat kelas..cikgu kata duduk diam je,,x mcm bdk lain..huhu..bila saya tanya..dia kata malu..alahai..Tahun depan da 6 tahun..

Harap semua anak2 mama berjaya dunia akhirat..boleh bantu mama dan abah di akhirat kelak.amin..insha allah.


Sabtu, 16 November 2013

Banofee Pie

Assalamualaikum..


Semalam saya try buat banofee pie ni,resepi search je dkt google..first time buat ni..jadi la jugak..cuma kurang butter,tu yg crumbs x berapa nk padat..hancuss ckit..tp rasanya tetap sedap tau.hehee..nk cuba..jom la..saya kongsikan resepi di sini.

Rupa banofee saya comot je..tp sedap..hihi

BAHAN#
# 1 Pek biskut cream cracker
# 1 buku butter
# 1 tin susu pekat manis
#1/2 cwn susu segar
# 1 kotak whiping cream ( tp x guna smua )
# pisang
# Coklat chip

CARANYA#
# hancurkan biskut mnjd serbuk..blend/tumbuk.( buat mcm base)
# cairkn butter dan tuang biskut crumbs tadi dan gaul sebati,tekan2 bg padat,
# simpan dlm peti ais flm 15 minit utk base keras ckit.

Sementara tunggu,,buat ni pulak.

CARAMEL#
# masak susu pekat dgn api sederhana hingga susu likat dan agak kecoklatan
# tuang susu segar..sikit2 ye utk tengok tahap kelikatannya,jgn terlalu cair/ pekat,gaul seia sekata.
# Tuang susu td di atas crumbs yg da sejuk dan keras td & simpn lagi dlm peti ais utk sejukkan caramel td dlm 10-15 minit
# Dah sejuk dan mcm keras ckit caramel tu..letakn hirisan pisang di atasnya.lg byk pisang lg sedap.

TOPPING#
# blend whiping cream dan topping atas pisang td,,dan susun lg pisang,selang2 dgn whiping cream.ikut nk brp byk. dan atas sekali tabur choc chip di atasnya
# simpan dlm peti ais dan biarkan semalaman..kalau buat mlm,,sok pg da bole mkn...
Ermmm..yummy..~~

Selamat mencuba..

Khamis, 14 November 2013

Ujian atau Musibah ni ?

Assalamualaikum..


Credit:google
Ujian atau musibah,begitulah yg sedang berlaku dlm keluarga kami..dah di tentukan allah begini perjalanan hidup kami mengikut kehendakknya.

Tapi tdk la saya menyalahkn takdir atau berkata" kenapa aku,bkn org lain",subhanallah..seperti tdk redha pula bunyinya kn.Namun sebaliknya bersyukurlah kerana kami terpilih untuk di uji kerana allah masih menyanyangi kami sekeluarga.Membuka peluang diri masing2 utk sentiasa berubah pd kebaikan.insha allah.

Berbalik pd rentetan ujian yg berlaku pada kami,,saya akn ceritakn di sini.

Pada awal thn ini,adik bongsu saya terlibat dlm kemalangan jalanraya yg mengakibatkn patah tulang bahu.

Baru pulih adik,,abg saya pula jatuh sakit dan x mampu brjln kira2 2 bln.Alhamdulillah bertemu jodoh dgn perubatan sesuai,dan abg saya kembali sihat dan berjalan semula.

Ujian tdk berhenti di situ apabila,saya pula terlibat dlm kemalangan jalanraya.kedua2 kaki saya patah,masuk besi dan berbiji2 skru di kaki saya ni.Da mcm robot.,huhu.x boleh berjln hmpir 5 bln hanya terlantar di atas katil je.sungguh menyiksakn.Kisahnya di sini.

Baru saje saya belajar2 utk mula berjln,,ujian datang lg bila abg ipar saya pula kemalangan.Patah kaki dan tangan pula,,tp x lah berbesi bagai hanya di simen je.

Dan yg terkini,isnin lepas kakak saya pula kemalangan jugak.Ya,allah..lps 1,1 ujian yg dtg.Bertalu2.Alhamdulillah kakak saya x de yg patah2,cuma luka2 di seret dan bengkak2 di muka dan hidung.

Saya rasa seram bila dgr org kemalangan ni sbb saya da rasa betapa sakitnya..walaupun bersalin tu sakit2 sangat,tp pd saya ia x mampu menandingi kesakitan patah2 tulang ni..menangis x bole tahan..huhuhu..sampai skrg sakit tu x ilang walaupn kini saya da brjln semula..

Ujian ke musibah ni..Mungkin akan ada ujian yg seterusnya buat kami yg saya sdri tdk tahu.Semua atas kehendaknya." Sesungguhnya allah pilih siapa yg dia suka",bersyukurlah menjadi antara yg trpilih.
Amin.



Rabu, 13 November 2013

Terima kasih Red Delima & Nabila biela

Assalamualaikum..


Yeay hadiah gempak giveaway Red Delima by nabila biela dah sampai..Alhamdulillah,seperti yg di janjikan saya da pn terima beg sandang ni,memang comel je..sesuai sangat untuk anak saya bawa time holiday nanti,cuti sek da dekat kami rancang nk g jalan2.hihi

Terima kasih sekali lagi


Daim Giveaway by Akma

Assalamualaikum

Kalau suka dgn coklat daim ni,bole join la ye..saya mmg suka sebab rasanya yg sedap.

http://akmakhaieri.blogspot.com/2013/11/daim-giveaway-by-akma.html
Klik banner utk join


Selasa, 12 November 2013

Kuih Cincin,mana nak dapat?


Credit google

Tau x,kat mana saya boleh dapatkn kuih cincin ni..Kalau x silap saya kuih cincin ni dari sabah.Teringin pulak nk mkn,,pernah rasa sekali je,tu pun kawan bg.Dia bli masa pergi holiday di sarawak.Rasanya mmg sedap.Kat tempat saya mmg x de jual ni.

Saya da tanya en.google,,ada jumpe blog yg jual kuih ni..tp da x aktif,lama x berupdate..saya ambk no whatsapp..try tanye tapi x berbalas pula.Saya cari pula di page fb,,send msg x bls jugak.

Ada sape2 yg tau x,kat mana bole saya bli kuih cincin ni selain saya kena terbang ke sabah.hihi..Beli secara online la..Tolong beritahu bole x?Atau ada sape2 yg baik hati belikn utk saya dan pos kn sekali..nanti saya bayar la..

Help me ok..


Anne Nurain