Memaparkan catatan dengan label alif. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label alif. Papar semua catatan

Selasa, 3 Februari 2015

Salam kerinduan buat Alif



 
Alif &MaMa
Bila ada menyakitkan hati 
Bila tiada cukup di rasai
Tenanglah di kau wahai hati 
Agar tidak terlalu merindui 

Perginya utk menuntut ilmu 
Bekalan akhirat dan masa hadapan 
Memang itu yang kami mahu 
Tapi kenapa hati ku tidak keruan 

12 tahun bersama seiringan
Senda gurauan bermain di fikiran 
Menjadi musuh dan juga teman 
Kini terpisah jarak dan keadaan 

Doa kami sentiasa mengiringi
Agar di permudahkan segala perjalanan
Bila tiba waktunya nanti ⌚
30 juzuk dalam ingatan 

Hanya luahan melalui Coretan 
Setiap baris di sulami titisan
Mungkin ini permulaan perjalanan 
Semoga hidup di berkati tuhan 

---------Salam sayang  Penuh kerinduan -----------



Selasa, 19 November 2013

Pengalaman baru-Alif Berkhatan

Assalamualaikum..

Ini pengalaman baru buat saya sbgi seorang mama bila Alif,hero saya satu2nya mula berkhatan isnin lepas.Mama dia yang takut,,sedangkan Alif rileks je.Sebelum ni bila suruh 'sunat',dia tak mau..takut.Tapi kali ni Alif sendiri yg mintak,mungkin sebab malu kot da besar masih x 'sunat'.Rakan2 sebaya pun ramai yg dah selesai.

Gaya sebelum berkhatan.

Pagi2 lagi kami da gerak ke klinik,sebab x nak tunggu giliran lama2.Singgah sarapan dulu di kedai mamak,mkn roti canai dan tose..hehee..Tengok tu gaya org nk berkhatan..sempat layan facebook update status yg dia nk sunat..hehee..da masuk bilik doktor,sempat posing pulak tu..tak nmpk takut pun..

Proses berkhatan

Mama teman sampai selesai,walaupun seriau nk tgk.huhu.Proses pertama bg enjection bius dulu,mama tgk jarum tu cucuk je da rasa sakitnya.Alif bole tahan je..Zaman sekarang da moden,tak de jahit2 da..guna clamps je..doktor tu kata lagi senang jaga.."Nak ambik gambar,ambik lah.."kata doktor tu.hehee.."sebenarnya saya takut ni doktor"setiap proses yg berlaku mst doktor tu bg tau dan suruh saya tgk dekat2.hahaa..nak tak nak tgk je la,walaupun seram dah 1 bdn.

Masa masukkan clamps tu,,waduhh..x tahan rasanya.macam sakit je..di tarik2 kulit tu.Alif asyik tanya je dah ke belum..hehee sebab dia x rasa kan.Siap masukkn clamps tu,bru dia sepit pulak..adoiiiyai..doktor tunjuk paras mana yg dia nak potong tu,saya tgk dan iya kan je lah.Byk juga yg di potong rupanya.

Sehinggalah sampai step yg terakhir,doktor mula mengeluarkan pisau yg tajam macam pisau cukur tu dan krek..krek..krek..mcm tu la walau realitinya x de la bunyi begitu..hehee..da siap dan doktor menunjukkan saya kulit lebihan yg da di potong tu..bawak balik la..tanam.

Alif ok je,tak yah pakai kain pelekat,just seluar je sebab x de jahitan so x melekat la kan.Rm150 da sekarang ni.Balik rumah ok je,sampai lah masa nak kencing..arghhhhhhhhhh...sakittttttt..pedihhhhhhh...mamaaaaaaaaa...meraung2 si Alif ni 1 rumah..muahahaaaa..x dapat nk tolong la,mmg doktor kata akan pedih ckit la ble nak kencing..hehee suruh masuk bilik bukak kipas laju2..hehee selesai..silent da.

Kata doktor makan x yah pantang,bole je..tapi yg gatal2 saya tak bg la..dia pun x nak mkn n minum takut kencing..hahaaa..alif,,alif..mama pun tak de pengalaman lagi..ni la bru pes time..apapun alhamdulillah selesai..

#mcm mana dgn pengalaman anda pula ye..


Ahad, 17 November 2013

Tamat persekolahan seisi 2013

Assalamualaikum..

Seisi persekolahan 2013 dah pun melabuhkan tirainya..maka bermulalah cuti sekolah yg panjang sblum memulakan seisi baru pada tahun 2014 akn dtg..Jika di izinkn insha allah akn ada 2014 utk saya sekeluarga..

Tak de plan lg nk ke mana2 sbb byk pula kenduri kawen time cuti2 ni..Alif pulak nk berkhatan..insha allah,da bujang ank saya ni kan.

Saje nk kongsi gambar anak sekolah tahun 2013 ni..jom tgk..hehee

Alif 11 tahun

Alahai..tengok tu kecik je alif kan,kawan2 semua besar2..darjah 5 mcm darjah 3 je badannya.Anak saya memang semua kecik2 la..lau ikut en.suami berbadan besar..tp x de yg ikut plk jejak abah dia.

Alya 7 tahun
 Alya ni,lagi la kecik..size badan mcm budak tadika...dgn adik dia tinggi beza dlm 2 inci je..angkat beg sekolah pun x kuat tau..kena pakai yg ada roda.Tahun dpn kelas tgkt atas pulak..x tau mcm ne dia nk angkat beg dia tu..Al-maklumlah sek cina ni byk bukunya.
Dekat sek,selalu kena dukung dgn kawan2 abg dia tu..hehee..Dia pun ada tanya,kenapa dia tak besar2..hahaa..bila ckp dgn kwn2 mesti kena dongak..

Alisha 5 tahun

Alisha,badan lebih kurang kakak dia je..kat rumah mulut x reti diam mcm kakak dia..pot pet..pot pet..tapi sampai sek,jadi budak yg paling diam kat kelas..cikgu kata duduk diam je,,x mcm bdk lain..huhu..bila saya tanya..dia kata malu..alahai..Tahun depan da 6 tahun..

Harap semua anak2 mama berjaya dunia akhirat..boleh bantu mama dan abah di akhirat kelak.amin..insha allah.


Anne Nurain