Sabtu, 21 Disember 2013

Lunch di bawah pokok

Assalamualaikum..

Hari ke 5 di kampung,kami tak de plan nk ke mana2.Lepak di rumah mak mertua je.Memandangkan hari tu jumaat..
En.suami pergi solat jumaat la..Saya pulak sibuk basuh baju yg kami pakai masa mandi manda di Wet World.


Sebenarnya rumah mak mertua saya ni tak de sesiapa lagi yg tinggal di rumah ni.Al maklumlah mak mertua saya ni dah tak sihat,jadi dia tinggal dengan kakak ipar saya.Rumahnya tak lah jauh sangat dari rumah mertua saya ni.Harapkan kami balik je lah,baru bertuan rumah tu.

Nak makan kena tapau la.Balik solat jumaat,En.suami dah tapau nasi dgn lauk asam pedas,telur dadar dan sayur kobis goreng.Rasa macam sedap je kalau makan dekat bawah pokok kan.Terus cakap dgn En.suami,,"jom kita makan dekat bawah pokok"En.suami pun kata jom..hehee..Eh,bukan bawah pokok depan rumah tu ye.

Kawasan berlumpur tak boleh mandi..nak jugak main air.

Destinasi pilihan kami ialah pokok rendang di tepi pantai Tanjung Emas Muar..Bentang tikar dan sedia untuk makan.Pemandangan yang cantik dan angin pantai yg bertiup tu makin menambahkan selera kami ketika itu..Boleh bayangkan tak?Tak sempat lak nak snap gambar,,makanan dah habis masuk ke dalam perut kami.hehee


Lepas makan kami lepak2 sekejap sampai bunyi azan asar baru kami pulang..

Jumaat, 20 Disember 2013

Salam Jumaat Penuh Barakah.

Assalamualaikum..
Sumber:facebook
Ramai antara blogger2 yg selalu akan update Wordless pada setiap hari rabu kan.Tapi saya nak buat kelainan sikit,setiap hari jumaat saya akan update slot Tazkirah jumaat pulak.Di mana saya hanya akan tepek gambar saja mcm ww tp gambar yg membuat kita merenung dan muhasabah diri.,macam gambar di atas tu,ok tak??
Pada pendapat saya memang ok la kan,kasi terapi minda sikit dengan ilmu akhirat.Secara tak langsung membuat kita berfikir seketika di mana kah kedudukan kita di sisinya.Bukan saja memberi manfaat kepada pembaca2,malah untuk diri saya juga.
Sekurang2 nya,saya dapat mengongsikan perkara yg baik2.Bukan sebab saya orang baik,tapi saya juga sedang berusaha untuk menjadi yg terbaik bukan saja di mata manusia tapi juga di sisi Allah swt.
Sekian..

#Kalau korang nak ikut cadangan saya ni lagi bagus kan,sama2 kita tambah ilmu dan pahala.
Anne Nurain