Selasa, 4 Februari 2014

13 Tahun dah, Macam kejap jer.



Lamanya tak berupdate blog saya ni.Mood nak menaip seakan hilang,cuti balik kampung lagi sempena tahun baru cina.Yang paling utama sebab internet habis,saya sengaja tak nak topup.Kenapa?nanti saya cerita dalam entry lain.Sekarang nak cerita kisah 13 tahun dah..

13 tahun yang lalu.

Alhamdulillah,hari ni genap usia perkahwinan kami 13 tahun.Kekal hingga ke hari ini,insha allah hingga ke syurga bersama.Kami di satukan oleh pilihan keluarga.Seminggu kenal,kami bertunang,2 bulan kemudian kami di nikahkan.No loving-loving.Hehee.

Sweet ke?

Sweet ke gambar tu?hahaa..jangan muntah pulak ye.Tu dalam gambar je,hakikatnya kami bukanlah pasangan yang sweet macam tu.Kami biasa-biasa aje,sebab En.suami tak pandai sweet-sweet ni.Kalau di lihat dari luaran pun memang akan tahu bagaimana ciri-ciri keperibadian En.suami.


En.suami
Sedikit yang saya boleh kongsi mengenai ciri-ciri suami saya.

  • GemuksBerbadan besar dan kurang hensem..huhu
  • Berusia 10 tahun lebih tua dari saya.(kira sendiri la)
  • Perwatakkan sedikit seperti Ustaz dan tidak romantik.
  • Sentiasa berkopiah di kepala dan berjanggut (sunnah katanya)
  • Sangat menjaga solat.( Time syok shopping pun,masuk waktu je..terus cari surau.Barang yang nak beli tu tinggalkan kejap,boleh gitu)
  • Rajin menghafal doa dan berzikir.( tak macam saya.hehee)
  • Suka beri ganjaran bila saya dapat menghafal doa dan ayat2 quran yang di suruh.(Biasanya Rm 1k)
  • Tapi..tak pandai nak bagi hadiah bila hari2 penting kami(baginya cukup sekadar hadiah al-fatihah)@_@
  • Sentiasa peka dengan apa yang saya pakai jika ada ciri-ciri yang boleh menampakkan aurat saya.(walaupun sehelai rambut)
  • Tidak cerewet bab makan sebab tahu saya tak xpert bab memasak.hehee
  • Tidak pandai memujuk bila saya merajuk..>_<

Apapun sifatnya,dan siapapun dia..dia adalah suami saya.Merajuk,bertengkar..tu perkara biasa dalam rumahtangga.Memang dia tak pandai memujuk.Yang paling macam tak percaya,bila kami bergaduh atau merajuk..biasanya tak sampai 1 hari pun,da ok semula.Kadang-kadang setengah jam je..hehee..Lepas tu buat macam tak de apa-apa sebab tak ada adegan pujuk memujuk.Pelik ke?

1 Tips nak kongsi..time gaduh..sorang membebel..sorang mesti diam atau menjadi pendengar bebelan tu.Lepas habis bebelan tu..turn pendengar tadi pulak untuk membebel.Kalau 22 nak membebel..memang meletop..kebaboommm..

Saya pun penat da membebel sorang2 ni..Lastly nak wish untuk kami "Hope kami kekal hingga ke syurga"Selamat ulang tahun perkahwinan yang ke 13".Anak dah 3,, boleh tambah lagi ke,cukup la tu.hehee..

Rabu, 29 Januari 2014

Welcome in the world

Fariesya Arriana.

Alhamdulillah,selamat melahirkan baby girl yang comel ni,malam tadi di KPJ Pasir Gudang Johor.Dengan berat kelahiran 2.6 kg.Syukur di atas kelahiran yang cukup bermakna.

Setelah 6 tahun menunggu untuk kelahiran ke dua ni,akhirnya di beri kan rezeki sekali lagi.Wah..abang haikal  da dapat adik la.Bestnya.Dah sepasang tu.

Opss..jangan terkeliru..ni bukan my baby..tapi anak adik saya merangkap anak buah saya lah kan..hehee.. lau anak saya,bila masa lak saya preggy kan.:D

Tak sabar nak tengok ni,kalau sempat raya cina ni,boleh lah singgah.Macam best je dapat baby ni,,macam nak je..hehee..teringin la pulak..

Doa M.Teh untuk Fariesya Arriana,, jadi anak yang soleha dan membesar dengan sihat.Untuk Adik Zuhaiza, selamat berpantang dan jaga diri.Tahniah sebab apa yang di impikan menjadi nyata..nak sangat baby girl kan,, alhamdulillah dapat dah..

Tunggu kedatangan kami,insha allah..#mood exited#:D
Anne Nurain