Memaparkan catatan dengan label picnic. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label picnic. Papar semua catatan

Selasa, 17 Disember 2013

Berkelah & Bersantai di Jason Bay


Minggu lepas saya bercuti di kampung halaman,kami selamat sampai kira-kira pukul 11 malam.Esoknya hari isnin,cuti umum di johor sempena hari hol sultan johor.Aktiviti hari tu kami adik beradik buat aiskrim,melty hershey dan cheesekut.Dyorang nak rasa,sebab selalu saya send gambarnya je..hihi..tgk mcm sedap je kan.Kebetulan adik saya tengah mengidam pulak nak mkn melty ni,So..kesian kan,saya buat la.Pada yg belum cuba,bole buat lah,mudah je.


Ok,berbalik pada tajuk asal,aktiviti ni saya lakukan pada hari selasa pulak.Dah lama plan ni nak berkelah dan bersantai di tepi pantai Jason Bay,Tanjung Sedili dengan saya punya bff la.Alhamdulillah sepanjang saya di sana,tak pula hujan.Apa yg di Plan menjadi.Dalam pukul 10:30pg kami sekeluarga bertolak ke rumah bff saya di Tanjung Sedili.Memandangkan ini kali kedua saya ke rumahnya,so saya dah set lokasinya dlm GPS,tup2 sampai je depan rumah.hihi terkejut bff saya ni.

Bff saya sedang masak.
Masa saya sampai bff saya ni tengah sibuk memasak.Sementara tunggu dia siap,saya curi2 snap pic dia ni,hihi.jangan marah ye.Lepas solat zuhur kami pergi berkelah,x jauh pun dari rumah dia.

Makan-makan

Kalau dah namanya berkelah,mestilah ada makan2 kan.Semua makanan bff saya yg masak,sedap tau.Kat tepi pantai ni,makan apa pun sedap je kan.Alhamdulillah kenyang.Terlupa pulak nk snap pic saya dengan bff saya ni,biasalah kalau dah jumpe semua lupa.hihii

Pantai Jason Bay
Tempat ni menarik juga,ada challet tapi macam x terjaga,sayang rasanya.Anak2 pulak pantang nampak pantai ni,cakap nak main air tepi2 je,tapi tengok-tengok je dah berguling2 atas pasir pantai tu,alahaii anak.Seronok sangat la tu.

Aqil,anak bff saya.comel kan.
Lepas puas anak2 main pasir,kami balik ke rumah bff saya utk mandi la.Ingatkan lepas siap,nak balik.Tapi bff saya ni suruh tunggu kejap sebab dia nak buat roti jala pulak.Hurmm..febret saya tu,rugi tolak kan.

Roti jala & keropok lekor
Selesai sudah,lepas maghrib baru kami balik ke rumah mak.Ingatkan nak makan2 kat Bola-bola Chicken Chop,tapi rasa da penat sangat dan saya ingat Restoran tu dekat bandar kota Tinggi,rupenya kat Pasak je.Tak de la menarik sangat.
Ok,tu je ceritanya.Hari rabu lain aktiviti pulak.Nanti sambung..
Anne Nurain