Ahad, 16 Februari 2014

Riadah bersama monyet



Cerita ni masa CNY yang lepas.Balik dari majlis kahwin anak saudara di Melaka,kami singgah sebentar di Tanjung Agas Muar untuk beriadah seketika bersama monyet-monyet yang banyak.hehee

Masa kami sampai memang dah ramai orang,biasalah time cuti ni kan.Nak bagi monyet makan.Monyet kat sini kira jinak lah jugak,tunjuk je makanan nanti dia datang ambil.


Kami bagi makan limau lah,sebab raya cina kan masa tu.Limau pulak banyak dalam kereta,bagi je lah.Kalau tengok atas pokok tu memang banyak monyet bergayut,cuma saya lupa nak snap.


Haa..tengok tu,hulur je macam tu dia akan ambil dan makan.Mula-mula tu memang takut lah kan,tapi tak de apa pun monyet ni ok kalau kita tak pukul dia.Elok je makan berdekatan kami.


Kesian monyet ni,haus.Ramai juga saya tengok pengunjung yang memberi air kepada monyet ni.Bagi air berkarbonat lagi.hehee.Macam comel je kan tengok monyet tu minum.Air yang kami bagi tu botol kecil je,sekejap je habis.Ada juga yang saya tengok,monyet ni minum air aircond kereta yang mengalir tu.Menjilat-jilat kat bawah kereta,kesiannya saya tengok.

Walaupun ada papan tanda yang memberi amaran supaya jangan memberi makan kepada monyet,tapi pengunjung di sini termasuk kami macam tak reti baca je sebab tetap memberi makan kat monyet-monyet ni.hahahaa..

Seronok dapat bagi makan monyet ni,kalau kita datang tengok je dekat-dekat pun,monyet tu akan datang dekat dan tengok muka kita macam sedang menunggu makanan.Terkelip-kelip mata monyet ni.Seekor dapat makanan yang lain akan datang juga.Ada juga monyet yang tamak,makan banyak-banyak dan simpan dalam mulut sampai kembung pipi.hehee

Kalau korang pergi ke Muar,boleh lah singgah beramah mesra dengan monyet-monyet kat sini.Datang jangan lah tangan kosong je,bawa lah buah tangan jugak ye.^_^

Ok...daa~~nak sambung mengemas rumah.hehee


14 ulasan:

  1. knk2 mmg suka aktiviti live macam petting.feeding ni...

    BalasPadam
  2. haha. banyak betul monyet dekat situ :P

    BalasPadam
  3. citer pasal monyet ni tingat masa dok umah mntua..tengah msk tetiba monyet menyengah kat tingkap..punya tepanjat akak..periuk yg akak pegang abes berterbangan haha..sejak tu mmg fobia dibuatnya :)

    BalasPadam
  4. wahh..beraninyer..hehe..
    kat uia sokmo jumpe monyet..tp xberani..kalau boleh nak lari..haha..tp org kte jgn lari..nnti dia kejar..so..berlagak selambe je..ehehe=)

    BalasPadam
  5. nampak jinak monyet-monyet tu kak atien.. yang pernah aiza dengar ada monyet yang jenis agresif dan menyerang orang..

    BalasPadam
  6. Mmg tempat tu bnyk monyet.. klu bawa makanan, akan ada bnyk yg dtg dekat kita hehee.. nice sharing Atien.. :D

    BalasPadam
  7. kalau saya tak ada keberanian kot
    pernah dengar orang kena serang jadi takut

    BalasPadam
  8. saya pernah ke sana..mmg ramai kn populasi diorang ni.,..:DD

    #Amboi monyet siap minum 100 plus,..hihihihi

    BalasPadam
  9. Xbrani dekat ngan monyet sbb mind set mesti ingt moneyt ni gigit...hahaha....dlu atuk niesa ada bela monyet...tp mcm seronok je tgk org lain bg mkan...

    BalasPadam
  10. makin bertenaga la monyet2 tue lepas dapat minum air 100 plus..hihihi

    BalasPadam
  11. Fobia sy tgk monyet sbb pernah kne gigit.alhmdulillah xda pape hehuhuhu.Kak atien org mlka juga ke ?? wahhhh sekampunglah

    BalasPadam
  12. monyet nie dah ramah dengan orang.. mesti dah tak ganas..

    BalasPadam
  13. dah banyak² ni takut pulak dengan dorang

    BalasPadam

Tak perlu kata apa-apa,hanya taip je komen anda.:D

Anne Nurain