Memaparkan catatan dengan label Rezeki. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Rezeki. Papar semua catatan

Sabtu, 8 Februari 2014

Rezeki itu ada.


Pernah dengar tak ayat macam dalam gambar di atas tu.Rasanya dah biasa kan.Memang betul lah kan,rezeki tu Allah yang beri.Masing-masing dah di tentukan rezekinya..Percaya dengan tidak je.

Biasanya kalau orang yang sudah di kurniakan anak,2 orang atau lebih,bila di tanya tak nak tambah lagi ke?.Perkara yang paling di bimbangkan ialah"mampu ke,nak sara kos hidup anak-anak"?.Dengan kos persekolahan,makan dan pakai mereka lagi.Takut kalau tak mampu,rezeki yang ada sekarang ni pun cukup-cukup je."nanti dulu lah".

Ada juga yang akan cakap,"apa nak takut.Ada rezekinya nanti.Setiap anak dah di tentukan rezekinya.Kan Allah yang beri".Ok,,memang betul.Saya setuju sangat-sangat dengan pendapat ni.Tapi...janganlah berfikiran terlalu sempit.Tak akan ada rezeki yang datang bergolek-golek mencari tuannya.

Saya nak kongsi kisah keluarga kenalan saya.Anak dia ketika tu,baru nak masuk 3 orang.Mereka suami isteri baru 2 tahun berjinak-jinak mendekatkan diri dengan Allah.Alhamdulillah.Si isteri mula betudung labuh dan berniqab.Si suami pula berjubah dan memang rajin ke surau setiap kali solat 5 waktu.

Dah cantik lah tu kan.Tak de salahnya percaya rezeki tu ada dan Allah yang beri.Tapi,, si suami ni pada saya fikirannya x meluas.Dia tak kerja sebab percaya rezeki tu tetap ada.Rumah sewanya tak jauh dari rumah saya.Sekejap kerja,sekejap berhenti.Boleh ke macam tu.Kalau bujang boleh je kot.

En.Suami memang agak rajin ke surau.Jadi di situ lah mereka mengenali kenalannya.Selalu jugak en.suami cerita yang kawan dia ni orang susah.Kalau ada rezeki lebih memang kami bagi-bagi lah.Bukan saya sekeluarga je yang membantu.Ramai juga kenalannya di surau turut membantu.Time nak naik sekolah dia cakap yang anak dia belum beli apa-apa,padahal esok dah start seisi persekolahan.

Kerana kesian dan ingin membantu,kami belikan beg,songkok dan alat tulis untuk anaknya,malam tu jugak.Seronok rasanya dapat membantu.Tak kisah lah kan.

Tapi..lama kelamaan saya jadi geram sebab makin di tolong makin lemak je rasanya.Tak de duit nak makan,bayar sewa dan lain-lain pinjam orang.Rumah sewa tertunggak sampai kena halau.Cari rumah lain,dapat yang lagi dekat dengan rumah saya.Deposit pun kawan2 yang bantu,sebab kesian tak de tempat tinggal.Tak kan nak tumpangkan kat rumah saya kan.Dah berkeluarga,tak selesa rasanya.

Anak dia sebaya anak saya dan sekolah di tempat yang sama juga.Biasanya isterinya yang akan menjemput anaknya dengan berjalan kaki saja.Sekolah tadika tak la jauh.Satu hari,bila saya ambil anak saya di sekolah,semua budak dah balik.Tinggal berdua je dengan anak saya.Saya pun ajak anaknya naik sekali dan saya hantar lah.Lagi pun jalan sehala je.

Sejak dari hari tu,anaknya balik mesti tumpang saya.Tak di ajak pun,nampak saya datang je dia dah naik dulu.Ehh.. dah tiap-tiap hari mak dia tak ambil.Tak de pulak pesan dengan saya mintak tolong ambik anak dia sekali.Saya pun test,sengaja ambik anak saya lewat dari biasa.Mana lah tau dia dah ambil anaknya kan.Hurmm.. bertuah..nampak sangat harap kan saya je.Yang buat saya lagi geram.Masa saya nak ambil anak ke sekolah,melalui depan rumahnya.Ayahnya boleh dok sembang-sembang depan rumah dengan kawannya.Buat tak tau je yang anak dia da balik sekolah.

Bila dah tiap-tiap hari saya ambil.Cikgu sekolah pesan dekat saya,yang anak dia dah tak bayar yuran selama 5 bulan.Huhuu.Lastly terus dia tak hantar anak dia sekolah dah.Alasannya anaknya tak nak sekolah dah..hehee apa-apa je la.Sampai lah saat si isteri nak melahirkan,si suami ni sibuk pinjam duit sana sini.Suami saya tak bagi da,sebab hutangnya banyak lagi belum di bayar.Bayangkanlah..isteri nak bersalin duit tak de.

Mungkin sebab anak da bertambah,dia mula cari kerja.Nak bawak Teksi katanya.tapi kena kursus dulu.Ok la kan.Tapi..fuhh ada tapi nya lagi tu.Dia kata masa kursus kena pakai kasut hitam dan baju kemeja putih.Boleh tanya lak en.suami ada tak?hehee.kalau ada pun bukan sama size pun kan.Alahaii..kesian ke dok erk.

Ni lah akibat fikiran sempit tak boleh fikir luas-luas.Rezeki tu memang ada.Tapi,usaha lah.Bukan dok rumah goyang kaki kan.Kalau gitu saya pun nak kan.ishh..ishh..ishh..
Anne Nurain