Memaparkan catatan dengan label internet.. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label internet.. Papar semua catatan

Khamis, 6 Februari 2014

Hidup Tanpa Internet



Pernah bayangkan tak,macam mana hidup korang tanpa internet.Internet ni dah jadi macam keperluan pulak kan,seiring dengan zaman semakin canggih dan moden.Sebelum ada internet,boleh je hidup macam biasa.Tapi bila dah mula menjelajahi dunia internet,sehari tak online macam-mcam dah rasa kan.Rasa macam ada kurang sesuatu je hari tu.Setuju tak?Hehee..Semua akaun sosial tak boleh nak di jelajahi.

Minggu lepas,saya punya internet dah habis.So nak bersosial kena lah topup dulu kan.Tapi saya sengaja tak nak topup.Sebab apa tau? Saya nak rasa macam mana hari-hari saya tanpa internet.Buka fb,tak boleh.Wechat,Kakao dan yang sewaktu dengannya tak boleh.Apa lagi blog kan.

Kebiasaan bila ada internet ni,pagi-pagi lepas anak pergi sekolah saya da on tab saya,buka fb,blog..jalan-jalan pulak dalam blog tu.Hehee.Main game,,macam-macam lah.Boleh habiskan masa berejam jugak lah mengadap tab je.Time masak, mengemas, basuh baju pun boleh jengah-jengah tab ni sekejap.Senang cakap,kejap-kejap tengok tab.Al-maklumlah saya online guna tab je.Kalau start buka Pc,lagi lah melekat atas kerusi tu.:P.Sampai sebelum melelapkan mata waktu malam pun saya masih boleh on tab saya ni.Dahsyat kan.

Bila dah tak de internet,tangan ni tetap macam biasa lah.Gatal nak buka tab jugak,tapi bila teringat yg internet tak de,terus tak jadi nak on.Time tu la banyak kerja yang saya boleh buat.Macam tak de gangguan lah.hehee.Boleh je siapkan cepat tugas harian saya tu.Boleh menjahit lagi,lama dah asyik tertangguh je nak merepair kain dan baju yang lama di beli.Bukan susah pun,tapi tak buat-buat,gara-gara asik nak online je.

Chat di Kakao,Wechat,fb.. sunyi sepi tanpa berita.Saya teruskan je dengan apa yang saya lama nak buat.Kadang-kadang terfikir jugak,ada cerita apa di fb.Di blog pulak,ada ke orang datang singgah bila lama tak berupdate.Kakao saya tu biasa bunyi hari-hari.hahaa..ni senyap je.

Rasa pelik je kan,dalam 1 hari,boleh je mengadap tab ber jam-jam.Kalau boleh nak buka hari-hari.Bila terpandang Al-quran dalam bilik,malu sendiri saya.Tak pulak saya nak buka hari-hari.Membaca walau 1 muka surat pun payah.Tapi baca entry di blog yang bermuka-muka surat tu,rileks je kan.Pernah dengar tak ayat ni" baca lah walau sepotong ayat(quran)",besar pahalanya.Bukan susah pun kan,tapi masih tak buat.Pahala tu menunggu kita.Kadang-kadang saya kena perli jugak dengan en.suami.

Bukan tak tahu semua tu kan,cuma kekuatan tu tak ada dalam diri,sebab tak biasa.Saya nak usaha kumpul kekuatan tu,nak buka al-quran dan baca 1 muka surat je sehari.Rasa berat 1 muka surat,baca lah 1 ayat je pun dah memadai.Tapi malu lah kat diri sendri kan.Kita mampu sebenarnya.Iman belum kuat,masih lemah.Bukan kata tak payah online langsungkan.Biar seimbang lah.

Lepas solat baca 1 muka surat pun ok kan.5 waktu dapat lah 5 muka surat.Percaya pada diri,yang saya harus melakukannya .Semoga allah beri kekuatan untuk saya.Saya percaya,bekalan saya ke akhirat masih banyak kekurangan.Selagi di beri peluang,rebut lah peluang itu.Doakan saya ye.Semua orang nak ke syurga kan,tapi usaha nak ke arah itu masih lemah.Insha allah..

Sekian.
Anne Nurain