Khamis, 6 Februari 2014
Hidup Tanpa Internet
Selasa, 4 Februari 2014
13 Tahun dah, Macam kejap jer.
13 tahun yang lalu. |
Alhamdulillah,hari ni genap usia perkahwinan kami 13 tahun.Kekal hingga ke hari ini,insha allah hingga ke syurga bersama.Kami di satukan oleh pilihan keluarga.Seminggu kenal,kami bertunang,2 bulan kemudian kami di nikahkan.No loving-loving.Hehee.
Sweet ke? |
Sweet ke gambar tu?hahaa..jangan muntah pulak ye.Tu dalam gambar je,hakikatnya kami bukanlah pasangan yang sweet macam tu.Kami biasa-biasa aje,sebab En.suami tak pandai sweet-sweet ni.Kalau di lihat dari luaran pun memang akan tahu bagaimana ciri-ciri keperibadian En.suami.
GemuksBerbadan besar dankuranghensem..huhu- Berusia 10 tahun lebih tua dari saya.(kira sendiri la)
- Perwatakkan sedikit seperti Ustaz dan tidak romantik.
- Sentiasa berkopiah di kepala dan berjanggut (sunnah katanya)
- Sangat menjaga solat.( Time syok shopping pun,masuk waktu je..terus cari surau.Barang yang nak beli tu tinggalkan kejap,boleh gitu)
- Rajin menghafal doa dan berzikir.( tak macam saya.hehee)
- Suka beri ganjaran bila saya dapat menghafal doa dan ayat2 quran yang di suruh.(Biasanya Rm 1k)
- Tapi..tak pandai nak bagi hadiah bila hari2 penting kami(baginya cukup sekadar hadiah al-fatihah)@_@
- Sentiasa peka dengan apa yang saya pakai jika ada ciri-ciri yang boleh menampakkan aurat saya.(walaupun sehelai rambut)
- Tidak cerewet bab makan sebab tahu saya tak xpert bab memasak.hehee
- Tidak pandai memujuk bila saya merajuk..>_<
Apapun sifatnya,dan siapapun dia..dia adalah suami saya.Merajuk,bertengkar..tu perkara biasa dalam rumahtangga.Memang dia tak pandai memujuk.Yang paling macam tak percaya,bila kami bergaduh atau merajuk..biasanya tak sampai 1 hari pun,da ok semula.Kadang-kadang setengah jam je..hehee..Lepas tu buat macam tak de apa-apa sebab tak ada adegan pujuk memujuk.Pelik ke?
1 Tips nak kongsi..time gaduh..sorang membebel..sorang mesti diam atau menjadi pendengar bebelan tu.Lepas habis bebelan tu..turn pendengar tadi pulak untuk membebel.Kalau 22 nak membebel..memang meletop..kebaboommm..
Saya pun penat da membebel sorang2 ni..Lastly nak wish untuk kami "Hope kami kekal hingga ke syurga"Selamat ulang tahun perkahwinan yang ke 13".Anak dah 3,, boleh tambah lagi ke,cukup la tu.hehee..