Jumaat, 14 Februari 2014

Telur Bistik



Telur Bistik
Rasanya ramai yang pernah makan telur bistik ni kan.Anak-anak saya memang suka sangat.Setiap kali pergi makan di kedai,mesti telur bistik ni menjadi pilihan lah.Biasanya kami makan dengan nasi putih,tapi kalau nak makan macam tu je pun sedap.

Dah selalu sangat order ni,saya rasa nak cuba masak sendiri je.Setiap kali makan di kedai saya mesti tengok bahan apa yang di gunakan.Dan saya cuba memasaknya sendiri.

Mudah je sebenarnya,jom tengok resepi dulu.

BAHAN
3 biji telur
Daging cincang
Sayur mixed
Black pepper
1 ulas bwg merah &1 ulas bwg putih ( dtumbuk/mayang )
3 sudu sos cili
3 sudu sos tomato
2 sudu sos tiram
1/2 biji tomato dpotong dadu
Gula & grm
CARANYA.
Bancuh telur dgn daging kisar, tomato, perasa dan sdikit garam gula
Goreng mcm telur dadar
Utk kuah
Tumis bwg merah n putih
Mskkn smua bhn sos
Garam gula
Tuang kuah atas telur.
Saya tabur bawang goreng,tak letak pun boleh,ikut citarasa masing-masing lah.
Siap untuk di makan.:D

Holiday Giveaway By Sally Samsaiman ( Part 3 )



Salam Melancong!

Setiap kali sally pergi bercuti...blog sally akan adakan GA yang bertujuan untuk memberi cenderahati kepada rakan-rakan blogger...Apa salahnya berkongsi kegembiraan dan kenangan kan..? Untuk percutian kali ni...Sally nak buat GA yang ketiga...sebab tak mampu nak beli souvenirs untuk semua orang ...hihihi...

http://sallysamsaiman.blogspot.com/2014/02/holiday-giveaway-by-sally-samsaiman.html


Syarat-syaratnya:
  1. Follow blog Sally, Add To Circle Google+ Sally, dan Like Fanpage Sally
  2. Buat satu entry bertajuk Holiday GiveAway by Sally Samsaiman (Part 3).
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML, dalam entry, jawab satu soalan yg senang, "Kemana Sally nak pergi kali ni?" dan Publish.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen
GiveAway berlangsung selama 2 hari bermula 14/2/2014 sehingga 15/2/2014.

5 orang blogger yang bertuah akan menerima souvenirs (undian melalui random.org)

Jawapan akak :USA
Betul ke ?
Anne Nurain