Selasa, 25 Februari 2014

Manusia boleh berubah.

Assalamualaikum..

Semua manusia boleh berubah kepada yang lebih baik mahupun kepada yang tidak baik.Dan tuhan tidak akan mengubah seseorang jika mereka sendiri tidak mahu mengubahnya.Berusahalah untuk menjadi yang terbaik.
Kata orang,manusia susah nak berubah kalau usia sudah mencecah angka 40 tahun.Kalau buruk sikapnya,begitulah dia sampai akhir hayatnya.Kenapa 40? Apa yang saya tahu Usia 40 ni di ambil dari usia nabi muhammad SAW ketika di lantik menjadi nabi/rasul.(betullkan kalau saya silap)

Biasa dengarkan ayat ni"jangan pandang kejahatan atau keburukkan sesorang seperti mereka akan ke neraka".Memang betullah kan.Hari ini mungkin dia kelihatan jahat,tapi siapa tahu akan datang dia berubah menjadi lebih baik dari kita.Dan jangan pula terkejut yang baik pun boleh berubah menjadi buruk.

Saya ada satu kisah nak kongsikan di sini.Ianya berlaku kepada kawan saya sendiri.Saya mengenalinya ketika sama2 berniaga di Pasar Malam.Perwatakkan dan cara pemakaiannya melambangkan dia seorang muslimah.Suaminya juga begitu,berkopiah.Tapi saya nak cerita tentang isterinya.Mungkin boleh jadikan sebagai pengajaran.



Dah bertahun-tahun dia bertudung labuh dan sentiasa berjubah macam gambar di atas tu.Suka saya tengok.Kami tidaklah rapat sangat cuma time solat di surau memang kami pergi bersama.Semakin hari,semakin saya perasan perubahannya.Dia sudah tidak lagi berjubah dan bertudung labuh semasa mengandungkan anak keduanya.Terdetik dalam hati saya untuk bertanya.Tapi ayat saya mestilah tersusun indah kan,takut nanti tersilap bicara.Saya cuma tanya"Akak dulu kan pakai tudung labuh,mana tudung banyak-banyak tu?"."Dah bagi orang semua,malas nak pakai,panas lah".tu lah jawapan yang saya terima.Saya hanya diam seribu bahasa.

Ketika tu sedang hot style tudung ariani..Dia mula mengenakan tudung yg pendek dan kadang-kadang tidak menutup dadanya.Lama kelamaan pakaian yang longgar kini semakin kecil dan menampakkan tubuh badannya.Saya memang agak terkejut dan hati kecil mula berbisik"suami dia tak tegur ke dia pakai macam tu".Ye lah sebelum ni lebih elok kan.

Rupa-rupanya dia ada sebab kenapa jadi begitu.Setiap kali bulan Ramadhan kami akan meniaga di bazar Ramadhan.Memang susah kalau tak ada pembantu.Dia mencari pembantu dari kenalannya di kampung.Haruslah lelaki kan sebab nak menjaga kedai sampai ke malam hari.Mereka menumpangkan pembantunya di rumahnya sementara.Mungkin di sini silapnya.

Si suami sibuk di Pasar Malam,isteri pula di Bazar bersama pembantunya.Pergi balik sama-sama.Siapa sangka,nafsu mereka tak dapat di kawal.Mereka hanyut di buai bisikan syaitan.Mula jatuh cinta katanya.

Tak ada seorang pun yang tahu tentang perbuatan terkutuk mereka sehinggalah dia sendiri membuka bicara meluahkan perasaannya yang ketika itu ibarat pungguk rindukan bulan kepada pembantunya.Rindu sebab mereka tidak dapat bertemu lagi kerana bulan Syawal telah menjelma.Bazar dah pun di tutup.Pembantu tidak di perlukan lagi..huhuuu..sedih ke? Uweekkkk..

Mungkin dia tak boleh simpan perasaan itu sendirian,nak luahkan pada kekasih gelapnya..hampehh sebab sunyi sepi dan menghilangkan jejak.Ketika itulah di luahkan kepada kami kawannya.

Maaf ye agak panjang..rasa x boleh nak habiskan dalam 1 entry.Nanti sambung di entry lain.

Menceritakan bagaimana ia berlaku.Tersentuh hati dengan ayat-ayat cinta tanpa memikirkan halal dan haram.Mengadakan hubungan seks beberapa kali.Di rumahnya,di dalam kereta.Cukup detail di ceritakan seolah-olah membuka aibnya sendiri tanpa rasa malu.Bila suaminya pulang mahukan layanan,di tolak dengan alasan penat( sebab baru lepas melayarkan bahtera bersama sang kekasih.)

Setelah habis meluahkan isi hati,kami di beri amaran agar tidak menceritakan hal itu kepada suaminya."kalau suami aku tahu,mati aku",katanya.So..kami jadi serba salah seolah-olah bersubahat pula.Tapi terpaksa mendiamkan diri demi menjaga silaturrahim mohon agar dia kembali berubah.

Dan sampai satu ketika,saya terpaksa menceritakan hal itu kepada suaminya..nak tahu kisah lanjut..tunggu di enty akan datang.

Ahad, 23 Februari 2014

Pilih Jujur atau menipu



Kredit:google

Sebelum ni saya ada ceritakan mengenai temujanji saya dengan doktor di sini.Biasa lah bila jumpa doktor dia akan tanya keadaan kaki saya macam mana,sakit lagi ke tidak dan macam-macam lah.So..untuk kebaikan saya,saya harus jujur.Saya cakap lah yang kaki saya masih sakit,walaupun doktor cakap tulang yang patah dah bercantum semula.Doktor nak tahu lah kat bahagian mana yang sakit.Tulang dii bahagian punggung masih sakit,nak tidur mengiring pun tak boleh.Untuk pengetahuan tulang peha saya yang patah adalah dari punggung hingga atas lutut.

Bila doktor tanya saya selesa ke tidak,saya jawab tak.Sebab kaki saya tak boleh jejak habis.Doktor suruh saya try jejak.Memang nampak terapung la..hehee..Bincang dengan pakar dan doktor suruh saya cuba dulu pemulihan carakerja dengan menggunakan silikon,jika tak de perubahan baru kita buat opration.huhuu

Saya juga di beritahu yang opration itu akan menyebabkan pendarahan dan risiko jangkitan kuman.Kalau tanya keputusan saya masa tu memang blur sangat2.Tak tahu nak ke tak.

Kredit:google

Semasa saya di hantar ke unit pemulihan carakerja,sepanjang perjalanan saya menuju ke unit tu,saya rasa macam menyesal je jujur dengan doktor tadi tentang keadaan kaki saya tu.Temujanji seterusnya ialah pada bulan 5 akan datang.Tetiba saya dapat idea untuk mengelakkan dari kena opration.Saya nak tipu je doktor tu nanti,nak cakap je kaki saya dah ok dan selesa dengan penggunaan silikon.Jika begitu sudah pasti tidak akan ada lagi opration untuk saya.

Kalau tak ada risiko jangkitan kuman tu ok lagi lah,tapi sebaliknya.Korang tahu kan..jangkitan kuman tu sangat merbahaya.Tak pasal-pasal kaki saya ni kena potong pulak jika dah di jangkiti kuman.Sebab kawan saya xcdent kaki dia hancur di bahagian buku lali ke bawah je,tapi terpaksa di potong sebab dah di jangkiti kuman hingga bawah lutut.Saya tak nak ambil risiko tu.

Kalau korang di tempat saya,apa keputusan korang..Jujur atau menipu?

#internet slow,,x dapat nak bw..sorry.kalau da ok insha allah saya datang.

Anne Nurain