Alif &MaMa |
Bila ada menyakitkan hati
Bila tiada cukup di rasai
Tenanglah di kau wahai hati
Agar tidak terlalu merindui
Perginya utk menuntut ilmu
Bekalan akhirat dan masa hadapan
Memang itu yang kami mahu
Tapi kenapa hati ku tidak keruan
12 tahun bersama seiringan
Senda gurauan bermain di fikiran
Menjadi musuh dan juga teman
Kini terpisah jarak dan keadaan
Doa kami sentiasa mengiringi
Agar di permudahkan segala perjalanan
Bila tiba waktunya nanti ⌚
30 juzuk dalam ingatan
Hanya luahan melalui Coretan
Setiap baris di sulami titisan
Mungkin ini permulaan perjalanan
Semoga hidup di berkati tuhan
---------Salam sayang Penuh kerinduan -----------