Sabtu, 23 Mac 2013

Kemalangan Ngeri Part 2


Sambungan dari part 1, kalau belum baca klik SINI

Astaghfirullahalazim..laillahallaantasubhanakainni kuntuminazzolimin..

Perjalanan ke hospital ku rasakan jauh.Mata pulak seakan mahu terlelap.Baru je nak tutupkan kelopak mata, aku di kejut" Dik,dik...nama siapa?"zuraidah" jawab aku pendek.jangan tdo"..kata petugas JPAM.Di ajak nye aku bersembang pulak.Mungkin tak nak bagi aku tidur, bahaya.takut x bangun terus."Ingat tak kenapa ni?, tanya dy lagi." Ingat, kena langgar".jawabku.Setiap kali ambulans bergoyang2 & terhentak2,kaki terasa semakin sakit, di tambah pula dgn katil yg keras dan begitu tidak selesa.Aku lihat bayang2 wajahku di cermin ambulans, kelihatan ada luka2 di muka ku.Terasa pedih.Bibir terus menyebut2 kalimah allah.

Akhirnya..sampai di Hospital di temani kakakku.Setelah pendaftaran selesai aku di bawa ke wad kecemasan.Belum pun di rawat kecederaan aku, dtg pulak org insurance tanya itu ini.Mula2 aku tak faham.Melayan gak la..da lama2 baru faham.macam ni rupanya kerja dyorg.Pantang nampak org xcident ni, habis di kejarnya.Bukan fikir keadaan orang tengah sakit.Ishk...ishk..ishk..



luka2 kecil di wajah ku


Tidak lama kemudian, datang nurses memeriksa keadaan aku.ketika ini peha ku bengkak da macam kaki lembu besarnya.Nak buka seluar aku agak sukar, jadi terpaksalah di gunting aje.Aduhh..masa ni aku datang bulan pulak.Baju aku harus di tukar untuk di lakukan x-ray.1 apapun x boleh pakai.Sebelum x-ray, nak kena tahu samaada aku ni preggy ke tak.Aku ckp x, coz aku sedang uzur.Tapi nak kena buat ujian air kencing gak.Nurse suruh aku kencing, tapi aku tak terasa nak kencing pulak."Lau macam tu, kena pasang tiub la,, nak sedut air kencing cikit je",kata nurses tu.Eh, tak nak la, sakit",,, kata aku.sebab aku pernah rasa pakai tiub tu, masa bersalin alif dulu.Memang sakit."hmm..x pe la, saya cuba kencing"usul ku.Nurses pun ambik mangkuk untuk aku kencing.Aku pun cuba meneran agar air kencing keluar.Huuhh..akhirnya keluar juga, selamat...

Selepas ujian air kencing di buat dan sah aku tak preggy, x-ray boleh di jalankan.Aku di tolak ke bilik x-ray.1 badan di x-ray.ketika itulah, aku terpandang lutut ku da lari dari kedudukan asal,"eii...lututnya nape senget"(tanye dlm hati).Setelah selesai, aku di bawa semula ke ruangan kecemasan.Hati da mula tertanya2 macam mana dengan kaki aku ni.kalau tengok dari luaran, mungkin cedera2 cikit je.Aku pun tanye nurses yg bawak aku." Nurse, macam mana dengan kaki saya"?"sekejap ye saya bagitahu, banyak yang patah ni", balas nurse tadi spontan.Terkejut gak aku.

Aku di beritahu peha kanan ku patah, mmg da x boleh buat apalah, kena masuk besi.Buku lali kiri patah jugak.(ankel joint) kena pasang skru kiri kanan.Ibu jari kiri patah, kanan retak dan urat putus kena smbng wayar.Aku hanya menganggukkan kepala tanda faham.Tekak da mula terasa haus.sayangnya aku tak di benarkan minum air sebab nak operation.kena puasa la..cian2.

Tak lama tu, en.abg datang dengan anak2.Alisha pulak tetiba demam panas.ujian juga tu.sebelum aku di operation, kaki kiri ku di pasang simen terlebih dahulu.Mula2 terasa nyaman je kaki, sejuk.eh! Kejap je rupanya.tetiba kaki rasa panas.aku tanya nurse, "kaki ni memang rasa panas ke"?.ye, sebab simen tadi da mula nak mengeras, jawabnya.

Aku di bawa ke bilik kecemasan zon A, kalau tak silap la.Doktor datang tengok keadaan aku dan di beritahu, malam ni akan di jalankan operation pada kaki ku."saya mahu tanye, you mampu ke tak nak tanggung kos besi, Rm850 cash"? Tanya doktor.Aku jawab, insyaallah, mampu."kalau you belum ada duit, kita akan pasang antena kat you punye peha untuk penahan la"sambungnya.Huh..tak nak la aku,, susah jaga."Kalau duit sudah ada, baru kita buat operation sekali lagi untuk masuk besi".hah..2 kali operation.Nanti saya tanye suami saya dulu la, kata ku.En.abg pun datang dan di terangkan semula oleh doktor tadi, dan en.abg bersetuju dengan kos tersebut.

Sementara menunggu giliran ke ruangan operation, aku di tempatkan di wad 4B.Jam 11 malam, aku di panggil untuk menjalankan operation.Hati mula berdebar2 dan bibir sentiasa berzikir memohon pertolongan allah agar semua berjalan lancar."Doktor, doakan saya selamat ye".mohon ku pada doktor."ye..insyaallah saya doakan, awak pun doa sama2", balas doktor tadi."ya, allah..ampunkan segala dosa2 ku, selamat kanlah aku"macam mana lau masa operation ni, aku mati dan tak bangun2 lagi, bisik hati kecil ku.Takut sangat2 tengok lampu2 dlm bilik tu.

Enjection bius penuh di suntik di kaki ku.Ntah alat ape di suruh aku sedut." Ok, tidur ye.istighfar banyak2 dalam hati.dan........(aku da pun terlena) setelah terlena, wayar di masukkan melalui mulut sampai ke paru2.beberapa jam kemudian, aku di kejutkan, "zuraidah....zuraidah..bangun,, operation da siap ye.Alhamdulilah..semuanya selamat.amin..

7 ulasan:

  1. ya Allah tyn bersyukur sgt ko masih selamat. Kekakadang sukar utk kite terima ni semua. Tp apakan daya semua ketentuan Allah. Mase ko buat operation tu hati aku sentiasa berdoa supaya ko selamat. Alhamdulillah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tq mar, sygg ko.cepat tul, aku baru je publish entry ni, ko da baca.alhamdulilah

      Padam
    2. hehe..sayang ko juga.. ade sambungan lagi tak?

      Padam
    3. Lau ada pun mungkin tentang hidup aku selepas xcdent

      Padam
    4. update la.. sekurang2nye ko rase lega dpt luahkan penderitaan yg ko alami sekarang.

      Padam
  2. akk...alhmdulillahh...

    BalasPadam
  3. alhamdulillah semuanya selamat..eii...tkt bila baca..huhu...mesti akak dh lalui masa2 yg sgt sukar..

    BalasPadam

Tak perlu kata apa-apa,hanya taip je komen anda.:D

Anne Nurain