Rabu, 9 Oktober 2013

Annual konsert 2013 @ Eduwis Education

Assalamualaikum


Pada hari ahad yg lepas,my princes Alisha telah terlibat dlm 1 konsert akhir tahun sekolah yg diadakan di hotel crystal crown Klang.Majlis bermula dari pukul 1:30 ptg.Kami sekeluarga turut serta menyaksikan acara dan persembahan konsert tersebut.

Pentas konsert
Persembahan di mulakan dgn nyanyian dan tarian yg di iringi dgn mainan piano yg di mainkan oleh murid sekecil 5tahun,memang menarik.

Rakan2 alisha dlm tarian.
Haa..yg pakai scarf tu la alisha,baju yg cikgu bg tu agak seksi.Baju tanpa lengan ditambah pulak dgn bhgn belakang yg kosong dan terdedah.Huhuhu..maluu..al maklumlah anak saya ni sek cina,so ikut je la..tp cikgu di eduwis ni memahami status ank saya,maka di benarkanlah memakai ikut kesesuaian.Hehee..saya pakaikan bju tu dgn inner.Tapi ada jugak murid2 melayu yg pakai mcm tu je,bergantung pada cara didikan ibu bapa mereka lah.

Persembahan tarian alisha dan kawan2
Ni je gambar yg ada,tu pun copy dari fb sek.Nak ambik sdri susah sebab ramai org dan tak di benarkan berdiri..dalam hotel la katakan.Seronok bile tgk alisha menari tu kalau kat rumah suruh buat tak nak,malu katanya,,tp depan saya je la.Kalau dengan kakak dia,,tak malu la pulak.heheee

Candid,,comel x?
Hampir 3 jam konsert ni berlangsung masih tak habis lg,,nasib baik kat hotel ni ada surau,kami keluar sekejap menunaikan solat zuhur.Selesai solat rasa x larat pulak nak menunggu,turn alisha da selesai..

Alisha bersama kawan dan kakak alya
Setelah di beri kebenaran oleh cikgu untuk pulang,kami pun balik..tak tunggu sampai habis pun..
Selesai~~

Isnin, 7 Oktober 2013

Lala Goreng

Assalamualaikum

Hari ni anak2 request menu lala.Dah lama rasanya tak makan ni.Kali terakhir saya makn tahun lepas kot,tu pun sebab tangkap sendiri masa bercuti di Tanjung Bidara Melaka.Senang dan byk kat tepi2 pantai tu,korek2 pasir je da boleh dapat.Hari ni saya beli dan masakan untuk anak2 saya.Menu yg simple je saya masak lala goreng.Simple kann,tapi sedap.


Bahan2nya:

1 mangkuk lala
3 biji bawang merah (dihiris halus)
3 biji bawang putih (dihiris halus)
3 biji cili merah/hijau (dihiris halus)
5 sudu sos tomato
5 sudu sos cili
1 sudu sos tiram
Garam dan serbuk perasa

Caranya:

Tumis bawang merah,putih dan cili yg dihiris tadi.
Masukkan sedikit air,lala dan kesemua sos tadi.
Kemudian tambahkan garam dan sedikit serbuk perasa.
~siap~

Sejujurnya saya ni tak pandai memasak memalukan. Nak masak sedap2 dgn menu yg pelbagai memang saya tak reti.Pengakuan ikhlas,,hahaha..Nasib baik dapat suami yang tak kisah makan apa aje,x cerewet.Alhamdulillah

Kalau guna bahan2 yg pada saya agak melecehkan,memang saya tak akan masak.Sebab tu sampai skrg tak mahir memasak ni.huhuhu..nasib baik juga saya da jd bini org,,hehehe..Setakat yg simple dan mudah boleh lah saya masak.Tapi kalau byk bahan bg menu fberet saya,saya akan buat jugak la.nak wat camne feberet katakan..eh,gitu pulak ye..

So..selamat menjamu selera..daa~~


Anne Nurain