Sabtu, 21 Disember 2013

Lunch di bawah pokok

Assalamualaikum..

Hari ke 5 di kampung,kami tak de plan nk ke mana2.Lepak di rumah mak mertua je.Memandangkan hari tu jumaat..
En.suami pergi solat jumaat la..Saya pulak sibuk basuh baju yg kami pakai masa mandi manda di Wet World.


Sebenarnya rumah mak mertua saya ni tak de sesiapa lagi yg tinggal di rumah ni.Al maklumlah mak mertua saya ni dah tak sihat,jadi dia tinggal dengan kakak ipar saya.Rumahnya tak lah jauh sangat dari rumah mertua saya ni.Harapkan kami balik je lah,baru bertuan rumah tu.

Nak makan kena tapau la.Balik solat jumaat,En.suami dah tapau nasi dgn lauk asam pedas,telur dadar dan sayur kobis goreng.Rasa macam sedap je kalau makan dekat bawah pokok kan.Terus cakap dgn En.suami,,"jom kita makan dekat bawah pokok"En.suami pun kata jom..hehee..Eh,bukan bawah pokok depan rumah tu ye.

Kawasan berlumpur tak boleh mandi..nak jugak main air.

Destinasi pilihan kami ialah pokok rendang di tepi pantai Tanjung Emas Muar..Bentang tikar dan sedia untuk makan.Pemandangan yang cantik dan angin pantai yg bertiup tu makin menambahkan selera kami ketika itu..Boleh bayangkan tak?Tak sempat lak nak snap gambar,,makanan dah habis masuk ke dalam perut kami.hehee


Lepas makan kami lepak2 sekejap sampai bunyi azan asar baru kami pulang..

15 ulasan:

  1. selamat pagi kak, wah.. view yang menarik, terasa seronok pulak tengok, kak.... nak tanya, macamana nak buat gambar di entry macam akak, besarrrrr punya, kita punya kecik lah, :(
    harap akak dapat membantu.... :)

    BalasPadam
  2. wah!bestnya bersantai!makan bawah pokok..haiss..mmg cantik pemandangan..

    BalasPadam
  3. memang bestkan makan sambil menikmati permandangan.. ^^

    BalasPadam
  4. memang best makan kat bawah pokok kat pantai.. dengan angin yang sepoi2 bahasa lagi.. pergghhh.. tetiba teringin pulak nak makan tepi pantai.. hehehe..


    akak nak anne tlg edit apa?hehe

    BalasPadam
  5. Kalau kat kg buat apa pon best..bersantai makan nasi dibawah pokok..ee..seronoknya..jeles akak.sbb akak jarang balik kg.

    BalasPadam
  6. Bestnya makan bawah pokok... sambil tu tengok pemandangan pantai depan mata... Nikmat rasanya ^__^

    BalasPadam
  7. Salam kak.seronok tol mkn bawah pokok ni.lg2 dgn fmly.hmmm ;)

    BalasPadam
  8. bestnye kalau tpt tggl Fiza dkt ngn pantai.. huhu

    BalasPadam
  9. tentu best kn kak atein...sambil menikmati suasan kampung..:DD

    BalasPadam
  10. ala2 piknik ditepi pantai lah ni.. hehe

    BalasPadam
  11. Wah.. Seronok tu makan2 bawah pokok! Mesti bertambah selera kan.. :D

    BalasPadam
  12. Dahlama sy x bersantai makan2 bawah pokok mcm tu.. kira mcm berkelah jugalah.. best.. :D

    BalasPadam
  13. seronok juga dapat berkelah di bawah pokok macam tu kak.. :D

    BalasPadam
  14. fuuhhhh dengan angin sepoi2 bahasa lagi bertiup kan, memang best laa....ika suka sangat pergi pantai :)

    BalasPadam

Tak perlu kata apa-apa,hanya taip je komen anda.:D

Anne Nurain