Selasa, 26 November 2013

Malaysia vs Kemboja


Tajuk mcm perlawanan bola je kan.Tapi ini tentang perkahwinan 2 negara.pada sabtu lepas anak sedara lelaki En.suami telah pn selamat di ijab qabulkn dgn wanita pilihan hatinya berketurunan Kemboja,di masjid kg.kubu.Saya di fahamkn mereka berkenalan di facebook je.Kalau dah jodoh x ke mana,dan siapa pun orgnya kan.

Alhamdulillah selesai ijab qabul,

Allah da menetapkan siapa jodoh kita,sama ada cepat atau lambat.Ada juga yg mmg di takdirkan tiada jodoh buatnya..namun mgkin itu yg terbaik dan ada hikmah di sebaliknya yg kita sendiri tdk sedar.Sesungguhnya allah itu maha adil,dia tau apa yg terbaik utk hambanya.Don't be sad.

Ni lah rupa pengantin kemboja

Pada hari ahad pula,majlis persandingan di adakan di rumah pengantin perempuan.Kira muda juga la,jodoh mereka sampai.Ank sedara en.suami (lelaki) bru je 22 tahun,manakala isterinya 23 tahun.

Majlis persandingan

Tak ada beza pun dgn majlis biasa,ada kompang,pelamin..cuma lagu yg di mainkn je kami x faham,sebab dlm bahasa kemboja.Dari segi makanan x pelbagai mcm kenduri kawen yg biasa saya pergi.1 Jenis lauk je iaitu daging masak apa ntah.mcm cili api tp lain ckit..dgn ayam goreng..simple mimple je.


Goodies

Tengok apa yg ada dlm goodies tu..ni lah pes time saya dapat mcm ni.Kebiasaan di malaysia ni,dlm tu biasanya ada snek atau kueh kan..Zaman makin moden,dlmnya berisi deodorant,bedak,air mineral mini dan bunga telur..tapi bkn isi telur..di tukar kpd jelly..Telur da mahal kan,lgpun x di makan rasanya.

Lainlah time saya kecik2 dulu,mmg tunggu bile ayah blik dari kenduri kawen ni.Berebut2 nak kan telur tu..Ingat lg,ayah saya akan belah telur tu guna benang..semua dpt..adil kan.

Sebelum ni ada gak dpt papan pemotong bwg dgn sepit kuku,semasa majlis kawen cucu sedara en.suami.Bagus juga kan,bg benda yg org akan guna,bergantung pd bajet la kan..Sebab tu jugak lah hantaran zaman skrg da cecah 10k pling sikit..

Masa zaman saya dulu hantaran 5k tu kira pling tinggi la..skrg apa je yg dpt dgn 5k tu kn,sewa andam ngan mkn je x cukupkn.Zaman korang kawen dulu brp ye??


Bdk ni sibuk nk gmbr jugak..mcm comel je kan.hihi

Kpd Pengantin,,kami sekeluarga mengucapkn slmt berbahagia dan kekal dunia akhirat.Jadi pemimpin yg baik utk isteri dan bakal ank2 mu kelak.Gagalnya kamu mengemudi,maka binasa lah semuanya..Perlu ilmu dlm rumahtangga,bkn nk seronok2 je kawen ni.Tanggung jawab besar wajib di pikul.
Insha allah segalanya akan baik2.Amin.

6 ulasan:

  1. Selamat pengantin baru dan tahniah buat pengantin. Goodies bag tu menarik perhatian. Hehe

    BalasPadam
  2. selamat pengantin baru :) comelnya pasangan pengantin tu

    BalasPadam
  3. Selamat pengantin baru.. tahniah. Semoga berbahagia bersama di dunia & akhirat.. aamiin.

    BalasPadam
  4. kita doakan semoga rumahtangga yang dibina diberkati oleh Allah selalu dan kekal bahagia hingga ke syurga.. unik isi dalam goodies bag nya.. menabung churp2.. :D

    BalasPadam
  5. ingatkan perlawanan bola sepak td.. hehe.. selamat pengantin baru buat psgn.. comel..

    BalasPadam

Tak perlu kata apa-apa,hanya taip je komen anda.:D

Anne Nurain