Selasa, 19 November 2013

Pengalaman baru-Alif Berkhatan

Assalamualaikum..

Ini pengalaman baru buat saya sbgi seorang mama bila Alif,hero saya satu2nya mula berkhatan isnin lepas.Mama dia yang takut,,sedangkan Alif rileks je.Sebelum ni bila suruh 'sunat',dia tak mau..takut.Tapi kali ni Alif sendiri yg mintak,mungkin sebab malu kot da besar masih x 'sunat'.Rakan2 sebaya pun ramai yg dah selesai.

Gaya sebelum berkhatan.

Pagi2 lagi kami da gerak ke klinik,sebab x nak tunggu giliran lama2.Singgah sarapan dulu di kedai mamak,mkn roti canai dan tose..hehee..Tengok tu gaya org nk berkhatan..sempat layan facebook update status yg dia nk sunat..hehee..da masuk bilik doktor,sempat posing pulak tu..tak nmpk takut pun..

Proses berkhatan

Mama teman sampai selesai,walaupun seriau nk tgk.huhu.Proses pertama bg enjection bius dulu,mama tgk jarum tu cucuk je da rasa sakitnya.Alif bole tahan je..Zaman sekarang da moden,tak de jahit2 da..guna clamps je..doktor tu kata lagi senang jaga.."Nak ambik gambar,ambik lah.."kata doktor tu.hehee.."sebenarnya saya takut ni doktor"setiap proses yg berlaku mst doktor tu bg tau dan suruh saya tgk dekat2.hahaa..nak tak nak tgk je la,walaupun seram dah 1 bdn.

Masa masukkan clamps tu,,waduhh..x tahan rasanya.macam sakit je..di tarik2 kulit tu.Alif asyik tanya je dah ke belum..hehee sebab dia x rasa kan.Siap masukkn clamps tu,bru dia sepit pulak..adoiiiyai..doktor tunjuk paras mana yg dia nak potong tu,saya tgk dan iya kan je lah.Byk juga yg di potong rupanya.

Sehinggalah sampai step yg terakhir,doktor mula mengeluarkan pisau yg tajam macam pisau cukur tu dan krek..krek..krek..mcm tu la walau realitinya x de la bunyi begitu..hehee..da siap dan doktor menunjukkan saya kulit lebihan yg da di potong tu..bawak balik la..tanam.

Alif ok je,tak yah pakai kain pelekat,just seluar je sebab x de jahitan so x melekat la kan.Rm150 da sekarang ni.Balik rumah ok je,sampai lah masa nak kencing..arghhhhhhhhhh...sakittttttt..pedihhhhhhh...mamaaaaaaaaa...meraung2 si Alif ni 1 rumah..muahahaaaa..x dapat nk tolong la,mmg doktor kata akan pedih ckit la ble nak kencing..hehee suruh masuk bilik bukak kipas laju2..hehee selesai..silent da.

Kata doktor makan x yah pantang,bole je..tapi yg gatal2 saya tak bg la..dia pun x nak mkn n minum takut kencing..hahaaa..alif,,alif..mama pun tak de pengalaman lagi..ni la bru pes time..apapun alhamdulillah selesai..

#mcm mana dgn pengalaman anda pula ye..


5 ulasan:

  1. selamat cepat sembut Alif...

    BalasPadam
  2. Tahniah kpd Alif.. semoga cepat sembuh.. :)

    BalasPadam
  3. dah jd anak teruna tu.. skrg gune tok mudim moden jer..

    BalasPadam
  4. Ehek-ehek... Segan pula baca entri ni. Haha.

    BalasPadam

Tak perlu kata apa-apa,hanya taip je komen anda.:D

Anne Nurain