Ahad, 12 Januari 2014

Anak-anakku bakal Usahawan

Assalamualaikum
Alisha,Alif & Alya

Gahnya tajuk entri saya kali ni kan :)..Anak2 saya bakal usahawan ?? insha allah semua boleh jadi kenyataan.Tak kisahlah samaada secara kecil ataupun besar kan.Yang penting usaha.

Anak2 saya memang minat berniaga,kalau main di rumah memang suka main jual2 barang.Macam buka kedai pulak saya tengok dgn barang2 yang hendak di jual.Contohnya,buku2 dan barang2 permainan mereka.Semua ni mungkin mengikut jejak kami yang memang sedari dulu menjalankan aktiviti urusniaga ni.Tapi kami berniaga hanya kecil-kecilan sahaja,hanya di pasar2 malam.

Alif anak sulung kami memang kelihatan begitu ketara minatnya dalam perniagaan.Dah nampak ciri-ciri tokoh keusahawanan.Biasanya dia memang mengikut En.suami berniaga,mungkin dari situ timbul minatnya.Beberapa bulan lepas Alif mula pandai membeli barang jualannya sendiri dengan modal dari duit simpanannya.Tiba2 saya nampak dia sibuk membungkus barang jualannya.Dari mana datangnya barang2 tu? Dan saya  di beritahu,alif beli untuk di jual.Barang pertama yang di jual ialah belon.Sampai adiknya nak pun harus membayar.huhuu katanya "mana nak dapat untung kalau bagi adik je,nanti duit tu nak beli balik kalau barang habis"..betul jugak tu kan,hihii bijak..bijak..Manakala barang permainannya yang dah tak nak tu,di jual pula dengan harga Rm1 bagi kereta2 kecil.Ada pulak yang minat tu.Habis..

Baru-baru ni pula,datang kawan-kawannya ke rumah untuk membeli gula2..Huhuuu..bila masa pulak saya jual gula2 ni kan."alif...nak beli gula2 angry bird",tu lah yang saya dengar dari dalam rumah.Seakan pelik"gula2 angry bird??" bisik saya.Owhh baru ingat,gula2 tu memang ada saya beli,tapi untuk makan sendiri bukan untuk di jual.Lalu saya tanya alif,"alif,,jual gula2 yg mama beli ea"?,,hanya senyuman yang saya terima.Dah lama alif mintak saya untuk menjual makanan ringan di rumah kerana ramai kawan2nya nak.Tapi kami tak ambil kisah pun,sebab takut tak de masa nak layan.

Keesokkannya,kawannya datang lagi.Saya ingat mereka nak beli apa2 lagi,tapi kali ni tidak.Malah mereka memulangkan DVD yg di pinjam.Saya pun tanya,"banyaknya pinjam"lantas saya di beritahu yang DVD tu semua di sewakan kepada kawannya dengan charge Rm1 setiap sekeping..Huhuuu..terkejut saya.Saya kata "bukan2 je la alif ni".Tapi bila fikir2 balik ada bagusnya jugak,kita nak tengok cerita tu kita beli,tapi orang lain nk tengok,pinjam je..hihii.Boleh buat duit tu.Bijak..bijak..Tak terfikir langsung oleh akal saya yang alif boleh fikir sejauh itu.

Demi menyokong minatnya yang dah tak boleh terkawal tu,kami memutuskan untuk membeli barang2 seperti permainan dan makanan ringan untuk di jual.Memang teruja la..Tapi di tekankan,siapa-siapa dalam rumah ni yang nak,wajib bayar.Hehee..Kalau asik ambik je,untung tarak la kan.Alhamdulillah hampir 2 minggu dah,tiap-tiap hari memang ada je yang datang membeli,Waktu paling tak terlayan ialah time budak2 balik sekolah petang.Budak2 sekarang ni banyak duit,hihii..rezeki kami lah..

Melihat permulaan yang baik,saya berangan nak buka kedai pulak depan rumah ni,insha allah.Dah rasa macam2 nak jual.Kalau tanya anak-anak saya,dah besar nanti nak jadi apa? jawapan mereka nak berniaga macam mama dan abah.Hehee..mama dan abah doakan yg terbaik je untuk anak-anak,moga impian tercapai menjadi usahawan hebat satu hari nanti,insha allah.amin

Seseungguhnya 9/10 punca rezeki itu datangnya dari Perniagaan

13 ulasan:

  1. Aamiin.. semoga tercapai apa yg dihajati & semoga menjadi insan yg berjaya di dunia & akhirat.. aamiin.. :)

    BalasPadam
  2. amin... hihi, kecik-kecik dah pandai ekk...

    BalasPadam
  3. bagus ajar mereka berniaga sejak kecil.. lagi senang kalau memang mereka ada minat untuk berniaga.. semoga doa kakdimakbulkan Allah, amin.. :D

    BalasPadam
  4. wah semangatnya alif berniaga, baguslah kak kecil-kecil lagi nak galakkan
    afif pun gitu suka meniaga walau setakat main saja dengan adik dia
    bila dia dah besa skit nak ajar cam akak lah =)

    selamat berhujung minngu =)

    BalasPadam
  5. Bagusnya anak2 awak...suka lak kak ina baca...inshaaAllah dengan berniaga sendiri pun boleh hidup senang asal kita jujur dan ikhlas kan Atien :)

    BalasPadam
  6. mana ada free sekarang nie.. bijak2 anak kak atien.. hehe

    BalasPadam
  7. alhamdulillah kak..
    kecik2 lagi dah pandai berniaga.. bertuah akak.. :)

    BalasPadam
  8. eh eh.. bagusnya anak akak.. inshaAllah jadi usahawan suatu hari nanti. dapat juga menyenangkan akak & keluarga di masa depan.. =)

    BalasPadam
  9. insyaAllah kak.. semoga mereka mencapai cita2 mereka.. mcm mak angkat saya, satu anak-beranak dia menceburi bidang perniagaan. dari kecil anak2 ikut pergi berniaga .. :)

    BalasPadam
  10. bagus macam tu kak.. didik dari awal. Usahawan ni mmg mempunyai pemikiran yg kretif kalau blh semua benda nak dijual, kakak saya pun mcm tu. hehe.. semoga tercapai cita-citanya..:)

    BalasPadam
  11. insyaAllah, semoga dipermudahkan kak! minat dari kecil ni memang boleh berjaya :)

    BalasPadam
  12. inshaaAllah bakal usahawan tu....bakat dh nampak dari kecil...

    BalasPadam

Tak perlu kata apa-apa,hanya taip je komen anda.:D

Anne Nurain